Tuesday, November 1, 2011

33 weeks plus

Assalamualaikum..

Hari ni aku dah masuk opis :-) semalam, kononnnya nak update blog pakai handphone, ntah apa yang payahnya, may be tak setting update via mobile, tu yang dia jadi tak tentu arah tu.. huhu.. lantas, terus close saje setelah penat menaip satu muka surat.. hehe..

Semalam juga, pergi kursus dengan hati yang tak keruan.. Demam aqil sangat panas pada pagi semalam, cecah 39.4 degree.. terus masuk ubat bontot pukul 6 pagi lebih dan bawa dia mandi.. berbelah bahagi nak pergi kursus ke tidak.. pastu, sebelum kami keluar kerja tu, amik suhu badan dia, nampak ada berkurangan la.. terpaksa hantar aqil ke taska.. Sian dia.. kami ni dua2 asyik call taska je, pesan jangan lupa kasi makan ubat.. kadang tu, kalau budak2 dah ramai, cikgu2 ni boleh jadi lupa.. 

Cikgu dia kata, aqil tak aktif semalam, mata pun merah je.. panas dalam agaknya.. lagi la hati ni berdebar2 bila lah nak petang nak tengok anak.. huhu.. Alhamdulillah, balik semalam, ceria je muka dia, mata pun dah cerah balik.. tapi ubat masih diteruskan.. Selalunya every nite dia akan menghembus hingus dia (hidung tersumbat) tapi, malam tadi, alhamdulillah, dah tak de hembus2 hingus dah.. harap2, dah kering selsemanya.. cuma batuk je la dengar berkahak.. tadi call taska, cikgu dia kata aqil muntah lepas minum susu tapi dia aktif juga.. hmm may be ubat antibiotik tu nak buang kahak dia kot..  

Sekarang kan, aku rasa panas je.. bukan ke sekarang ni musim hujan petang dan malam.. tapi, bila time nak tido tu, huhu.. rasa berlengas je.. lagi2 dengan anak tengah demam ni kan.. dia memang cari port nak bertepek ngan aku je.. nak tido atas ibu la, nak tido peluk2 dengan ibu la.. adoi... dah la dia tu panas juga (demam) siap la aku bertengik malam2.. hehe.. abis la bil elektrik bulan depan, mesti lebih bajet ni..

Hari ni, aku dah pegi scan untuk kali ke 4.. hehe (lepas ni tak pegi dah kot).. Alhamdulillah baby sihat, dah cecah 2.0kg lebih. Kepala dah ke bawah, uri atas.. Jika diizinkan Allah, memang girl la :-) jadi, ibu, sila jangan  ragu2 lagi ye nak beli barang2 pink colour dan baju ropol2.. hehe.. Semalam dah siap2 kemas beg baby dan beg aku juga.. barang2 baby sume dah letak dalam satu bakul.. kang bila dah nak balik berpantang, senang angkat je bakul tu.. beg aku dan aqil je tak kemas lagi.. aish.. banyak pulak barang nak kena bawa balik time ni.. hehe.. al-maklumlah, anak dah nak masuk dua.. besen mandi, macam nak beli baru je, tapi nak beli smaller size than aqil punya.. aqil punya kaler biru, dah nampak buruk, kalau basuh mesti berkilat :-) yang mana aku rasa patut bawa, aku bawa la.. yang mana patut tinggal, aku tinggal.. teringat masa lepas lahirkan aqil, punyalah banyak barang nak bawa balik dari hospital.. so, learn from experience :-)

Spectra 3 juga telah selamat diservis.. tiada major kerosakkan, cuma cuci2 cam tu je kot. tu pun dah kena RM 40.. plus, upah despatch RM 20.. kalau korang berada di luar KL, dan nak hantar servis tak tahu kat mana, boleh kurier tau ke histopoint tu.. so, sila jangan ragu2 untuk hantar servis pam anda ye :-)

Ok, tu je nak update perkembangan kali ni.. babai.. wassalam :-)

 

5 comments:

faiez said...

dah makin dekat....gegurl ke????syiok.....

Suliana said...

faiez,

insylh :-)

cruella137 said...

bestnye!!!!congrats nanti dapat sepasang!!ni yang tk sabar nak ngandung jugak ni..

sisanizu said...

Su,, nk tanya kat mana nk servis pam? ha ha serius sy tak tahu ni..spectra3..

Suliana said...

cruella,

insylh la girl.. janji sihat walafiat sudah :-)

sarah,
klu spectra 3, kat pam dia tu ada tulis no tel histopoint. kat situ la tmptnya, opis nya di SS 14, subang jaya.. boleh pegi sendiri tapi weekdays & opis hour je, boleh juga pakai desptach dia utk tlg amik, klu duk luar kl, blh juga kurier ke histopoint :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails