Tuesday, October 25, 2011

spectra 3 kembali lagi

Assalamualaikum...

Hari ni, pam kesayangan ku Spectra 3, telah kembali ke tangan ku :-) hari ni juga, aku bawa pegi ofis kononnya menunggu despatch histopoint untuk datang collect for service.. tapi, setakat jam sekarang, tak de lagi dia datang. may be hari Jumaat kot, sebab despatch tu nak raya esok.. huhu.. Sebelum ni, pam kesayangan ku yang banyak berjasa ni, telah dipinjamkan kepada birasku sekejap.. Aku pun dah tak pam untuk aqil lagi time tu - so, kasi la pinjam..



Sekarang, pam ini sudah sedia untuk berkhidmat kembali kepada anak2 ku.. Harapanku agar anak kedua ku ini diberi rezeki yang murah oleh Allah Taala, moga dapat ku susukan anak kedua ku ini seperti mana aku menyusukan Aqil sehingga dia berusia lebih kurang dua tahun setengah.. Jadi, sebab itulah aku perlu menghantar pam ini untuk diservice.. Setakat ini, baru sekali aku hantar pam service. huhu.. Alhamdulillah, conditionnya masih baik.. Tapi, masih perlu diperhatikan dalam2 tu takut susu dah termasuk ke apa kan..

Tapi, memandangkan pam ini hampir 3 tahun ditangan ku, aku perlu menggantikan komponen2 nya dengan yang baru. seperti tube yang sudah kuning dan ada tompok2 air -belas2 juga harga dia- dan suction membrane yang kaler putih tu (benda ni patut tukar 6 bulan sekali ye). hmm.. kalau ikutkan set yang baru termasuk breastshield, sebelah saje berharga RM 70, complete set seperti gambar di bawah. kredit to mr google. Hari tu ada aku terbaca ada diskaun, tapi tak ingat kat mana, dapat RM 55.. puasla ku godek dari tenet, tak jumpa plak. May be promotion dalam majalah pa & ma.. Kalau nak beli dua2 tu, mahu nya cecah RM 140 (tanpa diskaun). kalau beli kat histopoint pun boleh juga.. tapi bulan ni tak dapat la nak joli2 sangat, takat nak hantar service tu boleh la..  tunggu bulan depan jugak la kalau nak beli2 ni.. huhu..


Kalau mengikut kehendak, mahu saje ku tukar dengan pam yang lagi best seperti medela freestyle tu.. tapi, regenya yang hampir mencecah 2 ribu tu, membuatkan aku fikir banyak kali.. Nak sedapkan hati, pakai je la spectra ni selagi dia masih okey. memang agak bulky sikit tapi boleh la.. Banyaknya susu tu bukan bergantung kepada betapa mahalnya pam anda, tapi komitmen setiap masa. Pegang pada konsep demand vs supply.. :-) 

Mungkin, daripada aku beli pam mahal2 tu, baikla aku beli deep freezer.. kalau ikutkan survey, rata2 harga maksimum boleh dapat ialah RM 700++.. memandangkan peti ais sekarang ni, ramai sangat peminat, risau juga sekiranya kecairan susu beku berlaku lagi.. Dulu, peminatnya sorang je duk buka katup peti ais, sekarang, ada peminat cilik yang reti bukak tak reti tutup.. kadang2 melopong je peti ais lepas dia amik air or aiskrim dalam peti. huhu...

Tu je la plan aku setakat ni.. kita merancang, Allah yang menentukan segala2nya.. nak berangan lebih2, tunggu baby keluar dulu la.. huhu.. Harap2, semuanya berjalan dengan lancar.. amin... Semalam, pegi soping barang dapur kat tesco, beli susu aqil.. konon nak tukar susu best sikit, tapi mahalnya harga susu.. so, maintain je la susu dutch lady tu. huhu.. Bertuahnya ibu2 yang punya susu badan dapat fully BF anaknya.. tapi, nak kata jimat sangat tu, tak juga, nampak tak seperti contoh di atas, ada juga barang2 yang perlu dibeli tapi tidak sebanyak kos membeli susu tepung sepanjang membesarkan anak2..

Okeyla, itu saje la nak berkongsi pada hari ini . CD yang kubeli sudah selamat sampai. tapi lupa nak amik gambar. nanti aku tunjuk eh cd2 cantik itu.. hehe.. babai.. wassalam :-)

p/s: kalau ada sape2 tahu spare part spectra 3 ada yang diskaun, leh kasi tahu aku ye. tq ..


8 comments:

faiez said...

setuju ngan sue...banyaknyer susu bkn bergantung pada mahalnya pam (kalu gitu sianla pd kita yg kurang mampu ni kan)...alhamdulillah irdiena still bf skrg nieh..tp bila faiz g keja die minum formula....

+ GEE + said...

betul2...bergantung pada disiplin diri kite nk mengepam susu kan...tu paling penting utk dptkan susu yg banyak :) saya stil fully bf my baby yg dh 9 months old skrg

ejaMaria said...

bila baca pasal org dapat BF baby - seronok je...
sian Luqman takde rezeki sampai setahun... gara-gara infection dulu tu...

Suliana said...

faeiz,
alhmdlh, boleh la dari tak de kan. ikut kemampuan ibu masing2.. :-)

gee,
ye ke.. tahniah.. teruskan la sampai 2 tahun ye :-)

kak maria,
insylh, klu ada baby no 4, leh la try lg.. hehe

fiza arshad said...

ala kak sue, fiza punye spectra 3 ni lum pnah servis lagi...mcm kureng jer skrg huhuhu

Kasih Kita said...

Beli 2nd hand deep freezer pun ok jer kak su. Tengok dekat KIM ada ramai nak let go

Suliana said...

fiza,

camana tu nak hntr ke subang.. klu outstation 2-3 hari, boleh la pegi hntr kan.. tak pun, cer tnya kot2 leh kurier ke..

nana,
ok juga tu.. nanti bila dah betul2 nak beli, akak try tnya diorg ye..

@iney said...

kak su, sy nk beli la spectra 3 ni.bile dh tgk ank, ari2 susukan die,br la semagt dtg bekobar2 nk bg susu bdn kat die.br la sibuk survy pam,cbuk cari sal breasfeeding ni.dulu cam xkisah je.huhu..de xdgr mn2 offer skang?lau de inform tau..heee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails