Saturday, October 8, 2011

Saturday's story

Assalamualaikum..

Selamat pagi kawan2.. ada ke yang menjenguk ke sini di hujung minggu ni?? hehe... Anyway, selamat berhujung minggu ye kawan2.. Semalam, balik dari opis, amik si kecik tu kat taska. sampai2 je, tengok muka sedih macam nak nangis... Rupanya, dia demam.. cikgu dia kata hari ni dia bad mood, tak nak main sangat.. Hmm.. patutla semacam je time balik tu.. Suhu dia mencecah 38.8 semalam.. Cepat2 kasi sirap demam tu.. Plan nak masak, tak jadi malam tadi.. makan bungkus le jawabnya.. Pastu, tengah malam pun badan dia panas, terpaksa mandikan dia.. dah lama aqil tak demam panas macam ni.. risau juga.. setakat pagi ni suhu badan dia normal... harap2 tak berlarutan demam dia..

Plan hari ni apa ye? rasanya tak de plan nak gi mana2 kot.. Ingat nak buat kek red velvet tu.. huhuhu.. barang2 sume dah siap dikeluarkan.. harap2 menjadi la kek itu nanti.. Tapi, sebelum tu, kena settlekan urusan rumah tangga dulu.. kain dah siap asing2 kan untuk dibasuh... sarapan?? hmm.. beli kat kedai boleh? hehe... tu pun kalau en suami rajin nak keluar, kalau tak, jemput2 je la.. huhu..

Eh, camana dengan pembentangan bajet semalam? Ok tak? For me, alhamdulillah.. rezeki aqil dan bakal adiknya.. Cuma yang tak berapa clear tentang Skim gaji yang baru tu... Tapi, rasa-rasanya ok juga kot ek.. Lepas ni, kena siap2 la senarai bajet keluarga pulak.. hehe.. Okla .. nak settlekan apa2 yang patut dulu.. Selamat berhujung minggu.. bye.. wassalam :-)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails