Thursday, October 6, 2011

panggilan telefon yang paling menyampah

Assalamualaikum..

Pernah tak korang dapat call yang menyampah? Lately, aku selalu juga dapat call yang merepek2 ni tau. Selalunya daripada kad kredit la.. Promote itu ini, insurans la apa la.. kadang tu, kesian juga kat diorang ni cakap laju2,  macam la aku nak dengar sangat.. "tahniah, anda terpilih bla bla bla..." terpilih pun, kalau kena bayar buat apa? Siap dapat no IC sume tu, bahaya betul..

Kang kalau tak angkat, takut sape2 plak yang call kan.. tiba2, bila angkat, 'mereka2' pulak yang call.. Sudah2 la tu buat promotion. Kalau aku nak, aku sendiri pegi tanya.. tak yah sibuk2 bagitahu plan itu ini.. Kadang tu, aku layan juga la. tak sampai hati nak potong, yela, suara mereka ceria2 call kan. Tu la aku ni, cepat kesian kat orang.. tapi yang menjadi mangsa adalah diri sendiri..

Tapi, kesian juga.. dah periuk nasi diorang macam tu kan.. nak buat camana.. terima la seadanya keadaan itu. tapi, aku tak de la marah. aku just cakap, aku ada meeting, call back later. tak pun, aku tak angkat terus no tu.. so, kawan2 kalau ada call aku pakai no pelik2, sori ye, bukan malas nak angkat, tapi ini lah sebabnya.. kalau nasib baik, aku jawab juga..

oklah.. tata.. saje luahan perasaan.. wassalam

4 comments:

mamaelly said...

hihihi itu la kan sue..kadang2 dorg call time kerja..cam ne nak layan walaupun tak ada keje time tu..wahahaha tp kan abg bebel pernah tau tengking dorg tu.sbb dorg dok push push..amek ko..kene sebijik terus diam

ejaMaria said...

hehehe... rasa... lama dulu akak pernah up entry marah pasal call mcm ni kan... hihihi...

Kasih Kita said...

Panggilan menipu dah sekarang ni kak. X payah layan. Cakap jer x minat.

ilhamny said...

betul, nyampah jugak..tp sebelum dia cakap ngan panjang lebar lg kesian kat dia ckp byk2, elok dia nak stat tu trus ckp tak pe lah saya xnak..maaf...:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails