Wednesday, October 19, 2011

my little sunshine ever after :-) part 2

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.. hari ni aku rasa sihat sikit.. sakit yang semalam tu, alhamdulillah dah tak de.. Dah kurang kot, tapi tak tahu la nanti2 kot dia datang balik.. Cuma rasa berat tu memang ada, dah 'masuk' agaknya adik baby ni ye..

Kali ni nak story pasal aqil.. Esok, 20hb kan, aqil dah menjangkau 2 tahun 9 bulan.. Alhamdulillah, dah membujang anak ibu ni kan.. Harap2 elok perangai nya sampai ke besar nanti.. Minggu ni, perangai petang dia adalah baik :-) happy je ibu tengok.. mana tak happynya, permintaan dipenuhi.. seperti biasa, masuk je kereta lepas balik taska, "ibu, ada choki tak?" hmm.. kalau itu yang menggembirakannya, ibu kasi jela, walau pun tak baik untuk kesihatan giginya.. tapi, dengan syarat, mesti gosok gigi, minum air masak banyak2.. Alhamdulillah, menurut perintah tapi dengan air mata la.. huhu..

 nak makan choki tapi tak pandai picit..

 choki choki enak selalu.. terpengaruh dengan kawan kat taska kot.. 

 banyaknya kolat dia.. tapi tak makan semua pun.. ibu nyorokkan sikit..


Suka sangat makan coklat.. gula-gula pun makan tapi kurang minat sikit.. suka minum air manis.. sambil makan2 tu, sambil dia layan youtube.. Selalunya dia tengok upin ipin, ultramen, bernard bear, mr bean.. Ntah apa yang dia suka tengok sangat pun aku tak faham. kadang tu, nak tengok bowling.. aku pun taip la bowling, then dia pilih sendiri video mana yang dia suka.. huhu.. kena ada orang teman dia tengok tenet, kalau tak, sibuk memanggil je nak suruh tukar itu ini - tak pandai klik lagi.. dapat layan youtube, diam la dia gelak sorang2, kalau video menakutkan, cepat2 dia suruh tukar atau dia lari:-)

Lately, nampak la perubahan dia suka minum susu.. Dah pandai minta susu.. Kalau tak, ibu tanya pun dia cakap tak nak.. may be dia teringin nak nenen agaknya.. habis sebotol kecik dia minum. Aqil minum susu Dutch Lady 1 2 3.. kalau ikut sukatan dia, 4 scope .. tapi aku aku kasi 2-3 scope je untuk air 4 - 5 oz.. sebelum nak tido semalam, dia minta susu.. berteguk2 dia minum.. cepat je habis. lepas tu, kasi minum air masak pulak sikit, nak hilangkan sisa2 susu tu.. Kuat makan juga budak ni.. suka makan ikan... bubur mcd dah tak suka, sebab ayam dah pernah masuk kat celah gigi dia. hehe...

Dan sejak aku dah makin besar perut ni, aku dah kurangkan dokong aqil.. yela, budak dah makin membesar, bertambah berat ler. kalau ikut mengada2 dia, memang aku la yang kena dokong. turun kereta naik kereta.. bila aku dah sakit semalam, nangis2 la dia kena jalan sendiri.. dan pagi ni, ayah aqil yang dokong pegi taska.. nasib dia dah mula faham.. tiap2 malam, mesti cakap2 kat telinga dia.. "Esok pegi sekolah jangan nangis, main sama-sama, jadi budak baik, nak kencing cakap dengan cikgu (yang ni dia tak buat kot, pakai pampers lagi kat taska)".. Sekarang dah ajar nama ibu ayah. Nama ibu apa? "Su" - payah sangat nama panjang, nama ayah apa? "jaki".. hehe.. pelat z..

Okla.. tu je nak update perkembangan aqil 2 tahun 9 bulan.. Ibu harap aqil jadi anak yang soleh dunia akhirat.. Jangan nakal2, jangan rengek2 ye.. ibu ayah sayang aqil.. :-) tata.. wassalam :-)



 

5 comments:

faiez said...

aqil makin besar....dah ade adik kang..mesti pandai die berdikari kan....

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

banyk tol makan jajan yew aqil aunty mintak ckit...

Suliana said...

faiez,
insylh. harap2 macam tu la.. :-)

mama mya,
habis dah aunty aqil mkn. hehe

ilhamny said...

ilham pun, suka mkn choki, tp x pandai picit, dah kita lak kena tolakkan coklat tu ke atas sampai la dia abis mkn...hehehe

misscha said...

ahah comel je aqil..jaki...hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails