Tuesday, October 4, 2011

mari membaca versi aqil :-)

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua :-) hari ni banyak benda tertinggal kat rumah.. jadi saya sehelai sepinggang hari ni ye.. Hari tu, aku berniat nak belikan aqil majalah upin ipin. Majalah yang yang lama ada lagi, tapi dia dah tak heran kot, dah buruk juga, siap aku tampal2 lagi tak nak kasi terlerai page dia.. Sekali tu, cari tak jumpa.. dah sold out. Pastu singgah petronas, ada pulak. lalu hasben aku beli kan la isu yang lain pulak.. Suka betul dia dapat 'baca' majalah upin ipin..

Yang menjadi mangsa adalah ibu dan ayah. kena bacakan untuk dia.. kadang ibu, kadang ayah.. kadang tu, kita nak tengok tv, kena bacakan untuk dia pulak. masa time beli tu, suruh bacakan dalam kereta.. Aku ni dah la pening kalau baca buku dalam keta.. layankan aje la.. Bila kita bacakan, dia siap dah boleh tahu dialog seterusnya. Peminat upin ipin la katakan..

So, malam tadi, tengah aku siap2 nak kemas2 nak tido, tengok dia tengah 'baca' sendiri majalah upin tu.. Apa lagi, ibu pun amik gambar dan rakam video aqil :-) Tapi baca ikut dialog dia la.. hehe.. kan ke bagus kalau baca buku ABC ke, buku ngaji ke..

aqil: upin buat dodol :-)

video
mari tengok video aqil membaca .. hehe.. yek yek je. siap cari port untuk ibu record lagi :-)

bye..

wassalam



3 comments:

littlehumblelynn said...

ain pun sgt suka buku..mmg tiap2 bulan spend duit utk dia beli buku kat MPH..kdg2 mama dia yg trt excited beli buku cantik2..wpun baca merangkak lagi...srnk tgk dia minat membaca :-)

lily lotus said...

clever boy :) semangat betul dia..

Syahada Ahmad said...

hehehe..cute!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails