Friday, October 14, 2011

kisah hati

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat.. bagaimana hari jumaat anada bermula? cewah.. Untuk diriku, hari Jumaat ini dimulakan dengan perkara yang membengangkan hati dan perasaan.. Mula2, pasal sikap seorang penunggang motorsikal.. nak cerita pun buat sakit hati. tapi geram memang geram. aku tak pasti sape yang salah, tapi aku rasa masalah kecik je, tak de effect apa pun kat dia dan kami. patutnya kitorang yang marah, tapi tiba2 dia follow press2 motor kapcai dia tu, lalu sebelah kereta dan marah2, laki aku pun berlawan2 marah dari dalam kereta yang sedang bergerak. tak lama tu, dah nak sampai kat trafik light, mamat k***** tu, tumbuk side mirror kitorang. bangang punya orang.. Pastu, dia pecut laju2.. Tak lama tu, sampai satu simpang, aku nampak dia melintas depan kitorang.. Mesti dia ingat kitorang nak kejar dia, dia terus pecut laju2.. tak kuasa okey nak kejar kau. boleh blah....

tapi, tiba2 perasaan takut datang pulak. dah la benda tu jadi kat area2 rumah kitorang.. mana lah tahu, dia ingat keta aku sume dan masih berdendam, kang tak pasal2 kami jadi mangsa.. dah la kes2 sekarang ni banyak bangsa kau yang buat. Hmm.. risau plak takut dia masih berdendam. tapi benda apa yang nak marah pun aku tak tahu.. bangang punya orang.. end of story of this stupid guy..

Kisah semalam pulak. ni pasal anak aku pulak. kan ke hari tu dia dah pandai berak kencing dalam bilik air kan. sekarang ni, dah 2  3 hari aku tengok dia macam malas nak gi toilet. dia dah baik demam dah.. Semalam, boleh dia selamba badak kencing atas toto sambil tengok yotube.. argghh. geram sangat. pastu, siap la apak dia berlepak lepuk kat kaki dia.. nak ajar sikit orang malas ni.. tu belum masuk suara aku yang macam petir ni.. boleh dia tahan kencing lama2, kang kena batu karang ke, sape yang susah.. atau pun, dia takut nak kencing atau berak, sebab sekarang ni, asal berak je, dia kata sakit.. berak sembelit.. air kurang minum..

Tapi, perangai dia memang menjadi2 sekarang ni. pegi taska, menangis, sampai taska menangis, balik taska pun mesti punya la ada merengek2!!! nak itu, dah kasi, tak nak pulak.. ntah apa la yang sedih sangat hati dia tu.. Aku ni kadang melayan juga tau, tapi kadang2 tu kalau dah over, ko ingat suara petir mak kau ni boleh tersimpan je dalam peti suara ni? sabar pun ada limit je.. siap la aku kasi the power of voice ni.. kejadian di dapur plak tu kan.. dapur pulak dua tiga langkah je dengan dapur jiran belakang.. ha.. mesti la makcik tu pun dengar sekali the power of voice aku ni.. Lepas aqil kencing atas toto tu, memekak2 la kami 3 beranak dalam toilet.. TIBA-TIBA...

Ada orang panggil nama aku dari dapur belakang.. baru nak gi sembahyang maghrib ni.. aku pun nak buka pintu dapur.. eh ketat pulak pintu ni, tak boleh bukak.. aku jengah kat tingkap je la.. 

Ye kak.. ada apa .. Ni ha ada coklat untuk aqil.. (banyak juga coklat weih) Su dah nak bersalin kan.. aku angguk2 je la.. macam ni la, akak ni selalu dengar aqil merengek2 nangis2.. budak2 ni su, memang akan meragam bila nak dapat adik.. dia rasa diri dia dah tak de orang sayang.. macam akak dulu, anak akak memang macam ni la, merengek2 je.. su sabar la sikit ye.. bla bla bla... masa ni aku dah bergenang2 air mata tak tahu la dia perasan ke tak.. tapi cover line senyum2 je la.. haha.. Aku ni kalau orang nasihat2 lembut cam ni, boleh banjir tau... hati tisu.. huhu.. Aku rasa jiran aku ni pun dah stress dengar aku duk marah2 aqil je.. Bagus juga berjirankan orang2 senior nih..

Pastu, dah habis solat, aku dok tengok budak kecik ni riang ria makan coklat bar yang besar tu sambil duduk di tepi aku.. sakit gigi tanggung sendiri.. sengih2 plak tu, tak tahu ke tadi kamu dah buat ibu kamu menangis. Doaku harap2 diberi kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak2 dan menjaga rumah tangga kami.. amin..

sekian, terima kasih..

wassalam..

9 comments:

ejaMaria said...

akak pun rasa rumah akak riuh giler kalau ktorg semua ada kat rumah... hahahaha... dgn anak gaduh... pastu menanges... dgn mak jadi tarzan... dgn bapak bawak rotan... hahahaha...

pasal anak la akak belajar utk sabar... lebih sabar... gile lebih sabar... tapi slalu gagal gak... hangin mokcik! ^_^

bab anak meragam tu masa pregnant tu betul... nnt time nak dpt yg ke-3 lagi worse... ada 2 budak yg meragam... hadoi... asal nama anak memasing buat perangai... sabar je la...

Amiizaa2001 said...

SU: kalaou bangsa tu...memang selalu jerk carik pasal.....

aaah betul kata makcik tu...lg nak dekat dpt adik lg mcm2 perangai dia tunjuk sebab nak perhatian....sabar sue, nanti dah ada adik lg aqil manja2 :)

Suliana said...

kak maria,

tu le kak.. ni baru nak masuk dua ni kak dah huru hara.. huhu

ilhamny said...

ada budak mmg mcmtu sue..dia boleh kesan yg dia akan ada adik, dan dia panik utk mintak perhatian..:)

err, bab umah kecoh tu, sama la ngan umah lnda, gegak gempita.. kalau linda dah mnjerit, abahnya siap kata, 'mak petir dah bunyi dah, baik dok diam2'...huhuhu...

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

DARAH BOLE NAIK EMNDADAK KAN SUE TENGOK KELETAH ANAK2 NIKH...HUH...KADANG2 X GERAM..KADANG 2X KESIAN...AHAHAHAA DAH KATA NAK BERANAK...AMIK KO...LALALALAAAA

Suliana said...

kak miza,
tq kak miza :-)

linda,
huhu.. tu la rumah ada penyeri kan.. klu tak de, trasa sunyi pulak :-)

Syahada Ahmad said...

sha pun makcik2 ofis, tokmi aliya duk bgtahu teori tu, klu anak sulung nk dapat adik mmg 'comel' perangainya. tp sha macam, ye ke? bukan ke budak2 mmg macam tu.hehe

Aliya pun dh macam2 perangai nye skrang, ade yang baik ade yang menguji iman, tp sha macam x rasa ade kaitan ngan dia nk dpt adik, ekekeke.... sha rasa mmg proses budak nk membesar mmg macam tu kot.
Sbb sha tengok ade je budak yang berhemah berbudi pekerti jeee sampai la mak dia beranak.

Jalan cerita masing2.... hehehe

juz my two cents. ;-)

Nur Hasyimah Mahasan said...

Sue; samer la kiter....riuh rendah ngan suara irsyad plus ngan ibu n abah dier ler...huhu

Suliana said...

sya,

tu la.. may be kebetulan kan.. huhu..

syima,
hehe.. tu la.. baru dua org tu.. klu org yg ramai anak camana la pulak kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails