Saturday, October 8, 2011

Jangan tak percaya - Kek Red Velvet air tangan ku :-)

Assalamualaikum..

Ye Puan-puan... Hari ini telah tercapai misi ku untuk membuat kek yang digembar-gemburkan orang tentang kesedapannya.. iaitu KEK RED VELVET!! wah, dah macam dapat award apa pulak kan. hehe.. Actually, aku saje la cuba2 buat kan. Buat kek biasa pun kadang jadi, kadang tak jadi.. Ini kan pulak nak buat kek yang berisiko nih.. ceh, berisiko konon.. yela, mana tak nya, modal nak buat pun dah mahal, sekali kalau tak jadi camana kan.. huhu..

Tapi, alhamdulillah. kek nya menjadi juga la.. Pada pendapat aku, kek ni memang sedap tang topping tu. tang kek tu rasa macam kek biasa2 je la.. Oleh kerana tak pernah rasa kek RV yang sedap, jadi aku tak dapat la nak compare kesedapan kek ni.. Tambahan lagi, aku tak tahu la apa masalah kek2 aku ni, kadang buat gebu, kadang buat macam padat la pulak.. huhu.. so, kali ni kategori kek padat.. kuikuikui...

Ha.. nak tengok hasilnya?? mempersembahkan.. tara... kek red velvet acik su :-)

 tangan memang tak berseni ye, bersememeh sekali topping tu..

sepotong kek untuk dirasa... jemput makan semua.. topping nya memang tebal.. tu konon nak belah dua nak letak filling, sekali tak centre pulak belahannya.. hehe..

Resepi nya diambil dari blog puan nani rostam. Kalau malas nak buka link tu, aku tolong copykan ye..

TOPPING
LANGKAH PERTAMA
-250gm cream cheese
-250gm mascarpone
Pukul kedua-duanya sampai kembang. 
Lepas tu masukkan 1 cawan gula icing (brand king) -  yang telah diayak (aku pakai brand prai je)
1 sudu teh esen vanila. Pukul lagi sampai sebati. 
Lepas tu masukkan - 300 ml non dairy whipping cream sedikit demi sedikit sama sebati.
Ok dah siap pun topping. Simpan dalam peti sejuk dan boleh teruskan membuat kek dia pulak.......... 

LANGKAH KEDUA
240ml susu cair dicampur dengan 2 sudu teh cuka (perap selama 10 minit dan campurkan 2 teh pewarna merah)ketepikan dulu..... 
Ayak bahan-bahan ini :
250 tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh garam halus
- 2 sudu makan cocoa powder
Dah ayak ketepikan dulu juga.....

LANGKAH KETIGA
Bancuhkan dua sudu teh cuka dengan 1 sudu teh soda bikarbonat. Ketepikan dulu.

LANGKAH TERAKHIR 
Pukul sampai kembang:
-150gm butter (saya gunakan butter lurpak - aku pakai buttercup je)
- 100gm gula castor 
200gm gula perang (brown sugar)
- 1 sudu teh esen vanila.
- Lepas tu masukkan 2 biji telur satu demi satu.

Pukul lagi sampai kembang. Masukkan pula tepung yang dah ayak tadi berselang seli dengan bancuhan susu cair dan pewarna. Last sekali masukkan bancuhan cuka dan soda bikarbonat. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan selama 10 minit. Dengan suhu 160 darjah celcius selama lebih kurang 20 minit. Angkat, sejukkan dan hias.


cream cheese - philedapia, mascarpone cheese dan non dairy whiping cream.. beli di kedai kek Bake With Yen

 ni la rupa topping ku sebelum dimasukkan dalam peti sejuk.. dah siap :-)

 sebelum masuk oven. warna merah tidak menakutkan sangat..

 kek dah masak.. 

tukang jilat lebihan topping.. :-)

Settle.. lepas ni boleh cuba resepi lain pulak :-) korang2, sila la cuba nak merasai keenakkan ke red velvet ni.. 

bye.. wassalam

 

4 comments:

fiza arshad said...

dear kak sue!! tahniah da berjaya wat sndr, fiza tmpg bangga la!! bile leh rase kek velvet ni, da lm dgr sume org mkn hehehe :)

misscha said...

tahniah2

ejaMaria said...

amboi... sakan... ;p

faiez said...

hebat!!!!nk try???tgu dlu...MALAS..hahahahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails