Saturday, October 22, 2011

hari malas sedunia..

Assalamualaikum...

Boringnya malam ni.. Aktiviti aku hari ni sangat membosankan.. Pagi, bangun awal teman budak kecik tengok tv.. dia tengok tv, aku tido sebelah dia. tu pun, dia tak kasi aku tido.. pastu, ayahnya bangun, ayahnya layan aqil sume sambil ibu tido depan tv.. kekekeke... orang dah bali beli sarapan pun, aku masih terbongkang lagi depan tv.. apa nak jadi la.. ni betul2 rest ni.. 

Kali ni, urusan basuh2 baju suami aku yang tolong mulakan.. dapat la 2 trip yang dia pusing.. lepas aku bangun, aku sambung sidai dan sambung lagi satu trip.. Tu je urusan rumah yang dapat dilakukan hari ni.. Biar rumah tak bersapu, janji kain baju aku berbasuh.. haha.. dah lepas sarapan tu, aku lipat2 kain sikit.. tengok jam, dah pukul 12.. budak kecik tu tak tido tengahari lagi.. hmm tak boleh jadi ni, kena kasi tido ni, dah la bangun awal.. dan sekali lagi aku pun tido juga.. sampai pukul 3 plak tu.. huhu...

Tiba-tiba, tengah2 sedap tido, terbau ada orang goreng ikan... huhu.. sian en suami sudah lapar.. rupanya lunch kami dimasak oleh en suami ye.. ikan goreng dan sardin.. boleh la.. janji perut berisi.. en suami ku kalau time2 bini nya pemalas, boleh la diharap walaupun goreng telur.. mujur dapat isteri yang jenis tak kisah.. eh, terbalik pulak :-p

Aktiviti petang pulak, terasa macam nak makan benda manis.. nak makan kek.. en suami mengajak pergi ke Secret Recepi, tapi aku pulak malas nak keluar.. Lalu, dia keluar dengan aqil sambil pergi kedai gunting rambut.. sempat juga ku kirim aiskrim magnum.. Balik2, sorang satu dapat aiskrim.. hehe.. tu je la minum petang kami.. Malam pulak, mood malas lagi!! aqil dan en suami makan nasi dan lebihan lauk tengahari.. tu pun ciput je baki nasi tu... aku plak yang lapar.. now, tengah  menunggu delivery dari McD..

Actually, ada hajat nak buat kek coklat sebenarnya.. tapi hajat tak berapa kuat :-) butter pun dah keluarkan.. bahan2 semua dah ada baki yang dulu punya.. tapi, simpan balik la.. hehe.. banyak plan sebenarnya nak buat, nak kemas baju, nak basuh baju baby, nak kemas peti ais, tapi, MALAS telah menguasai diri hari ini.. esok tak mo malas2 ye :-p

Okeyla, dalam bosan2 aku ni, panjang jugak aku berceloteh.. huhu.. ok.. babai.. wassalam :-)

p/s: happy birthday untuk anak buah sulungku Amil Aiman jatuh 23/10/2011.. Moga panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang soleh ye..

1 comment:

fiza arshad said...

rjn nye encik zaki, beruntung kak sue! kalo fiza x sehat, my hubby jgk tlg kt dapur :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails