Thursday, October 27, 2011

dah rajin balik, part 2 :-)

Assalamualaikum...

Selamat hari Khamis semua.. ada yang bercuti ke hari ni? Hari ni kurasakan macam hari isnin.. hehe.. tak pela, esok jumaat, lepas tu jumpa weekend balik.. yeay!!

Apa bikin semalam? huh... semalam walaupun duduk seharian kat rumah, tak kena matahari pun, penatnya rasa.. bukan apa.. kerjanya memasak dari tengahari sampai malam.. ha.. hebat tak?? huhu.. bukan apa, bila dah berbadan dua dan sarat ni, nak berdiri lama2 tu memang sangat berat.. kaki tak kuat nak tampung berat badan.. nak memasak sambil duduk, rasa kekok pulak.. setakat kopek2 bawang nak duduk, boleh la kan.. Pembantu?? hmm... pembantu i tolong tengok2 kan anak pun dah okey.. kadang terlepas juga budak tu ke dapur nak tengok ibu masak.. 

Okey, pagi, tak masak.. beli kat luar je nasi lemak.. Pastu, bermula la proses kemas itu kemas ini.. basuh kain seperti biasa.. semalam basuh CD baru.. seronok tengok sampaikan CD2 yang lama pun aku basuh sekali.. hehe.. Tapi, CD baru tu kena 2 kali basuh lagi, baru la kuat serapannya.. Kali ni beli CD brand GG baby kalau tak silap.. RM 115 untuk 5 keping.. beli kat sini :-) cantikkan kaler dia, striking gitu... total dah ada 13 keping CD..


Lepas dah habis basuh2 sume, penat turun tangga naik tangga, kita kemas peti ais pulak.. yeay.. peti ais ku kini sudah berseri kembali. bukan apa, dah lama tak bersih kan peti ais.. Rasanya sejak pindah rumah tak pernah bersih peti ais tu. haa.. punya lama gila kan.. nasib baik tak tumbuh cendawan kat dalam tu. hehe.. tahu nya kuar amik barang, buka tutup macam tu la hari2..  kita tengok gambar selepas je la, kalau gambar sebelum, takut nak tunjuk.. :-)

ada space la sikit dalam tu selepas di kemas2.. hehe.. banyak dah buang barang mana yang dah expired.. Lagi satu, ku pergunakan tupperware2 yang selama ni duk dalam kabinet, daripada tak buat apa2, baiklah ku isi dengan barang2 dalam peti ais ni.. lepas ni, nak cari barang tak jumpa.. haha..

Okey, sambil2 tu, tengok jam, alamak dah dekat pukul 1 la.. masak tengahari pulak.. so, menu tengahari semalam adalah ikan selar asam pedas, sayur sawi letak taucu, ikan goreng dan penambah sedap makanan, budu :-)
 ada orang tak makan sayur?? hehe.. tentulah ada. aku ni pun bukan penggemar sayur, tapi bila mengenangkan khasiat dan kebaikkan makan sayur, ku ketepikan rasa malas makan sayur tu.. Lately, aku suka makan sayur sawi.. kalau tak sawi, kubis pun boleh.. tahan lama sikit kalau letak dalam peti kan..

Okey, lepas makan tengahari, aku dah terasa penat sangat kaki ni.. masa untuk berehat pulak.. Jom aqil kita tido, aqil dah lama berjaga ni.. hehe.. maka, nangis2 la budak tu bila dipaksa tido.. lupa plak nak pakai kan dia pampers, boleh pulak dia kencing masa tengah tido tu. nasib tido beralaskan tilam dia, kalau tak, jenuh ibu nak tukar cadar sekali lagi.. sian aqil kena marah.. kadang bila penat, anak yang jadi mangsa kemarahan.. huhu.. 

Bangun petang tu, siap2 plak nak buat kek pavlova.. ye, pavlova uols.. ha.. tu nanti la aku cite.. tunggu pavlova betul2 siap baru aku tayang kat sini.. Sambil2 tunggu pavlova masak, buat pulak spagetti untuk suami tercinta yang request.. ingatkan dah makan nasi, dah lupa spagetti tu, rupanya dia ingat, siap perli2 merajuk gitu.. huhu.. masak juga la untuk makan malam semalam.. itu jela cite nak share dengan korang.. Lepas dah siap semua, time to sleep cos tension tak dapat makan pavlova!!! sampai terbawa2 dalam mimpi okey..

Okla.. dah panjang berjela ni.. selamat berkerja korang.. tata :-) wassalam

8 comments:

misscha said...

cuti macam x cuti ek..memasak aje kejenye..

ejaMaria said...

erghhhh... rindu plak kat budu...
akak semalam buat ikan bakar dgn cicah air asam... ;p

Suliana said...

misscha,

tu la isteri :-) tapi hebat lagi org tu masak kek berlapis2. hehe

kak maria,
mkn ke budu? hehe.. air asam pun sedap cuma su tak berapa reti buat air asam :-p

mamamuaz said...

nampak sedap je asam pedas tu...;)

uji said...

rajin betol ko ye... bila lah aku nk semangat kemas rumah time cuti ni....

fiza arshad said...

tu la kan? memasak jer kejenye :)

Suliana said...

mama muaz,

boleh la.. klu yg minat tu, sedap aje :-)

uji,
terpaksa rajin .. ala, ko pun blh juga, tgu mood dtg mesti kemas la tu.. hehe

fiza,
hehe.. klu rajin mmg gitu la gayanya.. cer tnya ku mls camana.. haru biru makan lauk kedai je...

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

sue cantik laa cd2x tu dulu teringin gak nak pakai tapi tak tau nak dapat amner sume area KL...hurmmmm hampehhh last2x sekrang da banyak daa kat JB nikh...tapi malas daaa mya pun da besauuuu eheheeee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails