Wednesday, October 12, 2011

bonus belum dapat tapi...

Assalamualaikum..

Hari ni patutnya replace bos nak gi meeting. Dah siap2 tengah prepare report, rupanya big boss nak attend pulak. Alhamdulillah la kan :-) so, tak payah pegi.. Boleh la makan tengahari lama2.. hehe.. hari ni makan ayam Fruity.. dah lama tak makan, tapi rasanya macam dah kurang mengancam je.. Atau pun, pembawakan budak, memang kurang gemar ayam kali ni :-) 

Menyebut tentang makan ni, nak share sikit la sedikit ketidak puas hatian tentang harga makanan sekarang. Nak komplen lebih2 pun, dah masuk perut pun kan.. tapi, ada orang kata, nak makan, tak payah la berkira sangat.. Tapi, tak pela, nak juga komen..

Baru2 ni kan ada pembentangan bajet kan.. PM baru announce nak kasi bonus dan nak naikkan gaji kakitangan awam.. Gaji tak naik lagi, bonus pun tak dapat lagi, tapi HARGA MAKANAN SUDAH NAIK MEH.... air milo yang selalu dibeli RM 1.20, tiba-tiba jadi RM 1.30. tak tahu la samada pembekal gula atau pembekal susu dah naikkan harga barang ke.. tak de pulak dengar2 khabar gula dah naik harga.. hmm..  Jadi, pagi je boleh minum milo, tengahari minum air suam saje ye..

Nasi sepinggan seperti gambar di bawah berharga RM 5.70.. selalu, aku kalau makan, memang tak lebih RM 4 tau.. tak tahu la kalau orang rasa memang berpatutan ke harga macam tu.. tu belum masuk air lagi. baik aku pegi makan KFC ke, lagi puas hati. Kadang2 diorang ni main suka - suka je letak harga.. Pernah pegi lunch dua orang dengan hasben, amik lauk campur cam ni juga la, air sirap satu, air kosong satu. total RM 18 lebih kurang.. sorang makan lebih kurang RM 9.. apa ingat ini jin ke makan banyak2?? terus cebik2 tak nak pegi dah kedai tu.. huhu


Tapi itulah hakikat yang kena terima.. Kalau nak murah, baik bawa bekal je dari rumah. TAPI, faham2 jela, mana sempat nak masak pagi2 buta kan.. atau, kalau nak murah lagi, tengahari makan roti je. Balik rumah karang baru makan nasi.. haish.. nasib baik aku jenis tak kisah bab makan.. Dunia dah berubah, RM 50 seminggu tu pun dah tahap tercekik tau.. ada orang kata " ala, gaji besar, apa nak berkira, makan je la" hmm, dah duk kat kl ni, gaji besarla tahap mana pun, tapi semuanya pakai DUIT.. lebih2 lagi untuk orang macam aku ni baru nak mula hidup, mesti la berkira2 sikit...

wallahua'lam..

bye.. wassalam

5 comments:

fiza arshad said...

betul tu kak..skrg everything MAHAL! mkn lunch 2 org mesti dekat rm20 lah..huhuhu..time dulu2 mkn murah jer..breakfes skrg pn msti dkt 5, 6 ringgit, kalo dlu, 2,3 ringgit je kan?

ameris said...

betul..betul.. kt area opis saya(KL SENTRAL) mahal jugak mkanan. nasi+sayur skit+1jenis lauk harga rm6.50. mahal kan??? kadang2 rasa nk bawa bekal jek gi opis.

ameris said...

suka la baca blog ni. i folo ye. nnt jemput la ke blog saya. http://amerislovely.blogspot.com/

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

HURMMMM GITU LAAA KALAU NAIK GAJI BERIBU SEDAP GAK... TAPI YANG NAIK HARGE MACAM KITE NI NAIK GAJI BERIBU DI BUATNYE...TAK TAU LAAA NAK KATO

misscha said...

tu la kak...kita makan roti je la...arini makan kuih aje....bajet belanja...ekekek

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails