Tuesday, October 11, 2011

aqil demam sakit gigi

Assalamualaikum..

Hai semua!! 2 hari tidak berblog.. rasa macam dah lama sangat tak berblog. hehe.. anyway, semua sihat2 ke? me sihat cuma batuk2 je tak habis lagi. yang tak sihat adalah AQIL.. dia demam start dari hari Jumaat, tapi on off, tak risau sangat.. Yang risau masa hari ahad malam isnin tu.. Sepanjang malam, suhu badan dia tak turun2, even dah kasi makan ubat demam, dah mandikan, dah lap-lap sume.. Paling tinggi cecah 39 degree lebih.. Tu yang kami berdua EL semalam.. lepas tu, petang semalam, macam dah surut skit suhu badan dia.. ingatkan dah sihat betul la, rupanya pagi tadi demam balik.. nak tak nak terpaksa la hantar ke nursery balik.. Mungkin sebab dia sakit gigi, effect kat urat saraf demam dia.. huhu. sian anak ibu..

Anak kalau demam tapi dia aktif tak pe.. ni demam yang merengek, makan pun tak nak sangat, sape la yang tak susah hati kan.. tadi dah call taska.. Cikgu dia kata badan dia panas sikit, tapi dia aktif, makan pun ok je.. alhamdulillah la macam tu.. Bukan apa, kadang bila dia makan, nasi tu termasuk kat celah-celah gigi dia, sakit, terus tak mo makan.. terputus selera la orang kata.. Ubat demam, ubat tahan sakit, ubat batuk, ubat selsema sume dah ada.. cuma yang tinggal, tak bawa pegi klinik je la.. Pegi klinik pun, mesti dapat benda yang sama juga kan.. Mulut dia pun ada bau sikit.. yela, orang sakit gigi kan.. ntah sampai bila la dia menanggung sakit gigi tu.. Tapi, bila dah gosok gigi, kurang sikit bau dia.. tapi, nak suruh IBU JE YANG GOSOKKAN..

Ni la rupa orang sakit.. togel je sepanjang hari.. dengan aku sekalila dah macam orang demam.. aqil tido, aku pun tido jugak..

ni gambar malam tadi, nampak macam dah sihat sikit.. tup tup pagi ni demam balik.. dugaan...

okey, update my pregnancy plak.. kebetulan semalam aku ada check up kat klinik.. lama juga la, kul 10 pagi baru habis.. Kena inject ATT (kancing gigi).. wee.. sakit sangat aku rasa kena inject semalam.. sepanjang hari rasa bengkak je tangan kiri aku ni.. ni pun masih terasa lagi sakit tapi dah beransur hilang.. Pastu cari pasal pulak nak jumpa doktor, nak minta ubat batuk.. menunggu lagi.. Doktor tak kasi makan ubat batuk, takut baby tak aktif.. so, tunggu la ye batuk tu baik sendiri.. makan la strepsil ke, jujubes ke.. dan yang paling menggembirakan, syukur alhamdulillah, ujian MGTT kali kedua (minum air gula tu) selepas minum air gula tu, dapat 5.8 je.. nak kata aku dah bebas dari kencing manis ni, tak boleh nak kata juga. tapi aku memang tak berapa nak makan nasi untuk pregnancy kali ni..

kalau time aqil dulu, sume benda manis aku suka sangat!! terutamanya big apple donut.. kali ni, aku rasa tak teringin pun nak makan big apple tu.. cuma benda2 manis tu kadang teringin, aku makan juga la, tapi tak sehebat dulu.. hehe.. Okla, nak gi makan pulak.. tadi tak lapar, ni dah terbau macam bau asam pedas.. hehe.. ok.. bye.. wassalam :-)






 

5 comments:

Nur Hasyimah Mahasan said...

gigi aqil rosak ke???baik p jmpe dr gigi je..kan makin melarat kan..cian lak dier

ejaMaria said...

akak pun pernah batuk teruk masa pregnant... doktor bagi ubat batuk brand 'Cofcare'... ubat ni je yg dibenarkan sbb herba... pastu sampai skrg dah tak pregnant pun klu batuk cari yg ni jugak... sbb bila makan yg ni batuk hilang... klu ubat batuk lain alamat lg melarat la jadinya... ;p

Suliana said...

syima,

hah, atas sume dah rosak.. hari tu dah pegi jmpa skali, doc tak buat apa2 pun, just kasi antibitoik..

Suliana said...

kak maria,

dulu su pun pernah beli cofcare tu akak la yg cadang :-) tak teringat plak.. hehe.. minum air masak byk2 je skrg ni..

MommyAqil said...

kesiannya Aqil demam..kita yg org besar ni sakit gigi pon terasa sgt sakitnya ni kan pulak budak kecik kan..Semoga Aqil cepat sembuh ye..hhuhuhu..OOO sue ade kencing manis ke?bahay gak kan..org kata time preggy mcm2 penyakit senang datang..semoga semua ok2 saje ye...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails