Thursday, October 6, 2011

30 weeks just around the corner

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua!! Best tak hari ni? for me, macam biasa je la, tenang2 saje.. hehe.. Update tentang pregnancy ku, minggu ini akan masuk ke minggu ke 30!!! takut tak? takut tak? Walau pun dah pernah ada pengalaman bersalin, perasaan takut tu mesti ada punya la. Semalam, terbawa2 dalam mimpi.. Tapi aku tak ingat la pulak sakit ke tak, tapi yang aku ingat, tak jahit pun lepas bersalin tu. sebab lepas bersalin tu aku boleh menyangkung, pegi jalan2. haha.. harap2 macam tu la ye nanti..

Semalam juga, aku tido awal.. lepas isyak, aku terus naik tido, rasanya sebelum pukul 10 aku dah tido dah.. Konon nak feeling tido sorang2 kan, nak relaks2 sikit, sekali tu, budak kecik tu tengok aku dah naik atas, dia pun nak join sekali.. untung bapaknya ye.. hehe.. jadi bila dah berdua macam tu, layan2 dia, golek2 sume, kejap nak itu, kejap nak ini, dapat la tido jam 10 malam tu..

bila dah masuk trimester ketiga ni, penatnya lain macam sikit.. sakit belakang, letih, rasa nak tido je.. kat opis ni pun kalau dah tengahari tu, mula la mengantuk je.. kalau kat rumah, aktiviti masak2 tu masih ada lagi cuma selang seli la.. ikut kerajinan dan tekak masing2.. semalam, tak masak, lagi pun aku rasa macam dah kenyang je. pastu hasben cakap "yelah, kenyang sorang je".. hehe.. nak wat camana, faham2 je la, beli la kat kedai :-)

Update progress potty train aqil. Alhamdulillah, rasa-rasanya berjaya kot. Bila sampai je kat rumah, automatik dia nak kencing dalam toilet.. Dah boleh control kencing dia.. So, memang jimat sikit la bab pampers ni. kat rumah (weekdays) pakai sekeping je sebelum tido.. Tadi pagi bangun tido, kering je pampers dia. Ajak dia kencing dalam toilet pagi tadi, ok pulak.. yela, mood baik, tido awal kan :-) Dah pesan dah kat cikgu dia ajar aqil kencing dalam toilet, tapi tak tahu la kan, letih pulak cikgu2 tu nak atur dia kencing.. Mungkin aqil pun bila tengok keadaan lain, dia pun jadi malas nak kencing kat toilet.. hmm.. tak pela, slow2 la kan..

Okey la. tu je nak bebel2 pagi ni. Suka benar dapat bebel2 panjang2 ni, macam la ada orang yang nak baca.. hehe.. bye.. wassalam :-)
 

7 comments:

faiez said...

su..letaklah pic terkini..teringin nak tgk mak buyung yg cun

Suliana said...

faiez,

haha.. cun ker... ha.. selalu je su letak pic prgnt dlm blog ni, tapi takat muka je la. haha. ok, nnti i posing cantik2 k :-)

rafidah rooshdi said...

Ngah, da 30 mingu ek. Kejp je kan.... Aku Masa nk bersalin ari tu, amik kata2 ko kat komen blog aku... Ko kata sakit tu x seperti yg digambarkan... Lain org lain experience.... Heheh jd kurg berdebarnye... Hihi..hope ko selamat sumenye... Aku ni pub baru 21 minggu....

Amiizaa2001 said...

sekejap jerk sue dah 30weeks......:):)
baguslah aqil dah berjaya, akak tak train lg balqish...

Suliana said...

fid,

hehe.. tq pid.. kali ni aku amik kata2 erna, "anak no 2 lagi senang, kuar laju je" harap2 macam tu :-)

Syahada Ahmad said...

sha pun ade termimpi gak baru ni, lagi haru la.
sbb lepas dh deliver, anak tetiba dh abis pantang, siap bawak jalan2. pastu macam pelik je, "eh, kejap nye aku peknen, dh branak dah, xpe lah, asal sume slamat". ekekeke, syiok sendiri sbb tak rasa sakit beranak dalam mimpi.

Sekali bila bangun, tgok ade Aliya ngan daddy je sebelah.
Kemain seronok bercerita kat asben, sbb dapat anak....... :p

Suliana said...

sya,

lately su pun sama kuat mimpi pasal beranak :-p risau smpai terbawa2 dlm mimpi. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails