Friday, September 30, 2011

Tanya sama pokok..

Assalamualaikum..

"Tanya sama pokok, apa sebab goyang, jawab angin yang goncang"...

Antara lirik lagu Hazama AF 9. sedap apa lagu ni. hehe.. Tapi, bukan mahu bercerita pasal lirik lagu ni. Mahu bercerita pasal pokok/tanaman di rumah ku. tak de la banyak, ada 3 pasu jek. Dulu pernah cerita kat entri ini. Sila klik kalau nak baca balik ye.. hehe..

Now, perkembangan dari hidupan2 tu sume, masih lagi tinggal 3 pasu tapi dah berubah wajah dah...

Pokok daun sup. Aku suka kalau ada daun sup dalam masakan. Wangi je bau dia dan rasanya pun sedap. Aku beli daun sup yang dah berakar, dan tumpang dalam pasu daun kunyit ni.. Alhamdulillah, naik pulak daun nya. Selalu kalau aku tanam, tak hidup je.. Tak sangka la pulak daun sup ni dah overshadow daun kunyit yang asyik ambik sampai botak. Pastu malu2 nak hidup plak..

Daun kari.. Dah banyak daun dia, tapi tak banyak yang digunakan sampai dah naik kuning, nak mati kot. hehe..

Daun pandan. Dah bercambah akarnya. kena tukar dalam pasu lagi besar ni. Tapi tak sempat nak tukar lagi. hehe. Daun ni pun asyik ambik juga buat masak2...

Pokok yang telah terkorban ialah daun kesom.. Sian dia.. dah kering dah, lalu mati.. Kalau ada kelapangan, nak tanam pokok dalam pasu sikit2.. hehe.. Zaman bila tu tak tahu pulak. Pasu dah ada ada, tinggalan owner lama, banyak juga ada la dalam 10 pasu lebih. Cuma kena cari tanah dan alat2 untuk mengorek.. upss.. mainan korek2 aqil ada, rasa2 boleh pakai tak? hehe... dah, bye.

wassalam :-)

2 comments:

faiez said...

teringin gak nk tanam pokok utk dimasak..tp tinggal takat teringin jelah

ejaMaria said...

pokok kari tu kena tukar pasu Sue... dia dah tak cukup mineral tanah sbb tu daun jadi kuning... tukar pasu besar ganti tanah sekali... insyaAllah ok nnt... jgn lupa sebulan sekali letak la baja sket... kita amik dia buat masak kena la jaga jugak kan... ;p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails