Thursday, September 22, 2011

macam nak pecah perut

Assalamualaikum..

Tengahari tadi, kami pegi open house Cawangan Kontrak Ukur Bahan.. Kali ni, kami pegi tepat2 mengikut time nya. tak nak jadi macam tahun lepas, dapat makanan yang hujung2 je. hehe.. Kali ni, dapat dengar speech sikit dan serbu makanan.. Alhamdulillah, walau pun duduk belakang2, belakang tiang plak tu, masuk pun ikut pintu belakang, TAPI..... dekat dengan makanan.. hehe.. 

Alhamdulillah, kenyang sangat2.. Mak yong ni makan dua pinggan nasi dagang, siap bangun bertambah.. sangat sedap.. pas tu, beratur amik kambing golek pulak. Kawan2 yang lain amik sate, amikkan air, amikkan dessert dan juga makanan2 yang lain.. So, penuh la meja tu, share2 makanan.. kali ni tak jumpa sangat kawan2 , tengok dari jauh je.. diorang tuan rumah, busy skit.. Jadi, kita melayan perut saje :-)

 geng2 QS..


 nasi dagang sedap. katanya nasi dagang subang jaya..

kambing golek.. tamak wei.. amik byk plak tu.. bila tak habis, siap ada abang meja belakang nak sikit. alahai kesian pulak macam mengidam plak abang tu.. haha.. mesti dah lama tengok kitorang makan tak habis kambing golek tu.. bagi ke tak? MESTI LA BAGI.. nak pulak dia makan kitorang punya. tapi kitorang tak de la usik banyak mana.. kasi portion yang elok saje. hehe..

sate, keropok lekor, buah-buahan..

eh, tangan sape tu? hehe.. kacang tanah pun sodap...

Aku ni tak tahu la nak kata apa.. Dulu, kalau makan banyak, memang tak boleh sumbat dah.. even tekak ni terasa macam nak lagi. sekarang ni, makan, makan dan makan.. kalau orang tak ajak balik tadi, mesti aku tengah duduk makan lagi. sambil makan tu, siap risau esok ada test air gula :-) so petang ni sampai malam, minum air masak sudah :-p

Waktu balik, jalan perut dah ke depan.. tegang :-) Alhamdulillah. terima kasih atas ingatan menjemput kami2 di cawangan lain ye.. Jadual makan free minggu ini ialah :-

esok, Jumaat - Jamuan raya tingkat aku
Isnin - Jamuan raya Cawangan
Selasa - Mesyuarat dengan negeri - we all urusetia
Rabu - Mesyuarat dengan negeri lagi - urusetia jugak

Rezeki jangan ditolak :-p

 

2 comments:

ejaMaria said...

Selasa jamuan raya Cawangan Arkitek... ada kambing golek gak... meh la datang... ;p

littlehumblelynn said...

Betullah govt kalo wat open house,penuh memanjang.apapun slmt minum air msk byk2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails