Monday, September 26, 2011

kisah potty train aqil

Assalamualaikum..

Kali ni nak share kisah potty train aqil. Hmm.. rasanya macam dah agak lewat nak ajar dia potty train.. Dah 2 tahun 8 bulan masih pakai pampers. Is it normal? tapi masih belum terlambat kan.. Ok la kan selagi tak jejak umur 4 tahun. haha.. Sebenarnya tercari-cari masa yang sesuai untuk ajar aqil hidup tanpa pampers. Bila nak ajar agaknya. Ibu kena amik cuti panjangkah? Actually dah 2 hari aku testing dia, tapi tak de la sehari suntuk. dalam 3-4 jam macam tu, lepas tu, pakai pampers balik sebab ibu ayah nak berjalan.. haha.. dah camana nak startnya, weekend full of plan. Kalau duduk umah saje2, bosan pulak kan..

Hari sabtu.. Mula tengahari. Time tu baru nak tukar pampers dia. sekali tu, plan berubah..

ibu: aqil tak yah pakai pampers la.. nanti nak kencing cakap apa? 
aqil : ibu, nak kincing.. 
ibu : kencing kat mana?
aqil : kincing kat lubang. (dalam hati: sape la ajar cakap kencing dalam lubang)

Aku ni asyik duk menengok jam je. kejap2 tanya. nak kencing tak? dia geleng. sambil tu tengok upin ipin. minit ke 40 - tiba2 suar dia basah dan dia pun terkejut.. masa tu duduk kat tepi toto.. cepat-cepat angkat dia sambil mulut ni membebel-bebel.. yang lecehnya, bila dah kencing, kena la lap kan.. Tak pela, nak ajar anak kena bersabar sikit. aku tak kisah lap2 ni, cuma jangan bawa menjejeh satu rumah.. kang nak sembahyang ke apa, habis sume tempat ada najis. Makin rajin aku mengemop rumah la lepas ni.. :-)

Hari ahad - dapat test malam je. lepas magrib. tak pakai pampers. Kali ni dia dah ingat sikit dah. asyik tanya je, sampai aqil pun naik marah tanya banyak kali. hehe.. dapat la juga atur dia kencing dalam toilet sekali dua. Sekali tu, ntah apa yang dia rengekkan, kami tengah makan, sibuk nak tukar video lain dalam you tube. sekali tu, ayah dia sergah (read : marah) terus terkencing dalam seluar. nasib baik seluar je basah, tak menjejeh ke lantai lagi.. Ok, tukar seluar lain. Aku nak sembahyang isyak. Dia mengekor ibu dia masuk bilik. Tak lama tu, duduk belakang pintu muka dah meneran2.. ha.. aqil yak ke? cepat2 masuk bilik air. dia tak mahu - tengah sedap meneran agaknya. haha.. sekali tu, terlepas juga dalam seluar seketul dua.. tu je la kisah potty train aqil selama beberapa jam dua hari ni..

Mengajar anak tak pakai pampers ni kena banyak bersabar, sangat menguji dan memerlukan kerjasama dari ibu bapa.. Setakat ni, aku boleh sabar lagi.. yela, nak ajar anak kan.. Ibu tak marah pun kalau aqil kencing berak dalam seluar,(ibu bebel2 jek) cuma jangan kencing bersepah2.. jenuh nak mengemop nanti. Cuba nak cari masa yang sesuai, tidak dijumpai lagi. bila tau masa yang sesuai, time berpantang nanti, amik 3 bulan tu untuk ajar anak tak pakai pampers. tapi, macam dah kelam kabut jadual aku time tu.. yelah, anak dah dua kan. takut tak terkejar..

Lagi satu, takut juga dia keliru kan. Bila kita dah ajar kat umah elok2 kencing kat toilet, sampai nursery, pakai pampers balik. Mungkin juga dia takut nak bagitahu cikgu dia nak kencing, lalu terlepas kat mana2.. Aku pernah tengok cikgu dia marah budak sebab kencing dalam seluar. huhu..

aqil: seronok juga tak pakai pampers ni, boleh main air dalam toilet.. hehe..

Itu je la kisah potty train aqil.. korang punya cara camana? boleh la share2 sikit pengalaman mengajar anak hidup tanpa pampers ni. Kalau cepat dia bebas dari lampin, lagi save bajet ibu, bajet pampers boleh disalurkan untuk adik nya pulak..... hehe.. tata.. wassalam :-)

6 comments:

faiez said...

kan..org dulu2x senang...main kencing je merata..tetibe dh pandai...hahahahahhaha

Syahada Ahmad said...

Lewat ke sue? rasa macam masih awal, sha pun x pernah terpk lagi pasal potty train ni, mmg la Aliya kecik lagi, tp dalam kepala ni duk kira belanja pampers anak2 sampai 4-5 tahun. Maknanya mmg x terpk pun rupanya nk kena ajar anak kencing berak kat tandas.:p

Makin hari makin banyak ilmu2 membesarkan anak ni kena tahu, nampak macam mende kecik, tp fuh! kesabaran-kesabaran. :-)

Suliana said...

faiez,

haah, betul. dulu sume atur kencing cepat, tak yah basuh lampin dah. hehe..

sya,
ntah le, anak org lain mcm dah ajar tak pakai pampers. hehe... sabar ye ibu2 .. hehe

LidaRahim said...

Kakak Damya kalau kat rumah dah tak pakai.. tapi masih lagi pakai pampers kalau malam & pg jalan2 (read : mama geli nak cuci kat toilet awam) hahaha sibbek dia nak (eh dia mmg nak memanjang pakai pampers.. tak larat nak ke toilet selalu katanya)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

ya betul tu..dulu linda tiap stgh jam, bwk dia ke toilet kencingkan, walau kekadang tak kuar pun,penat tu, mmg penat.. kat nursery pun cikgunya ajar mcm tu gak..berkali2 gak dia termelabur atas karpet kat umah..huhuhu.. lelama okay dah...tp g jenjln still pakaikan walau ilham dah 4 tahun...senang...:)

Taste Of Tapah said...

erm... kakak yati anak dia 1 tahun dah pandai berak kencing sendiri... caranya malam2 tido biar jer tak pakai pampers... lapik kain batik... @ plastik masa kecik2 baby tu... bila dia basah dia terjaga... sampai la dia dah lama2 tak selesa, dia nak kencing dia gerak kita...

tapi aku tak cuba pun... sementara zara pakai pampers ni pun kain belambak, lambat gi kerja... kalau nak ajar dia nih, kena ada jati diri dulu... hurm doakan aku yer.. haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails