Wednesday, September 28, 2011

kisah potty train aqil episod 2

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua. pagi ni aku ada mesyuarat.. Tapi, sebelum pegi mesyuarat, mesti mahu jot down something kat blog kesayangan ini, nanti takut diriku terlupa mencoretkan sesuatu tentang budak kecik itu.. hehe..

Ni kisah potty train aqil lagi. Sekarang, tiap2 malam aku memang tak pakai kan pampers dia. Pakai sebelum nak tido je.. Jadi, kali pertama mesti dia terlepas kat mana2.. tapi dia sedar yang dia dah terkencing dan muka takut2... Lepas2 tu, alhamdulillah dia tak kencing merata2 lagi dah. Dengan syarat kita kena tanya dia la.. Bezanya budak kecik ni, memang banyak kuar masuk bilik air.. Kalau macam kita, rasa2 macam sejam tu baru kita buang air kan. tapi dia, kejap2 masuk bilik air untuk kencing, tapi hasilnya ciput je.. hehe.. Tak pela, as long as dia tak kencing merata2, ibu okey aje.. Siap buang air besar dalam toilet lagi.. good boy..

Tapi, bila dah seluar terbasah, maka ibu pun malas nak naik atas nak cari seluar lain. duduk la awak berlegar2 tak pakai seluar sampai pukul 10 lebih tu.. hehe.. senang nak kuar masuk toilet.. kekeke.. Ok, hope progressnya bertambah baik nanti.. weekend boleh try sehari suntuk :-)

Okey, tu je untuk pagi ni..

babai..

wassalam..

5 comments:

ejaMaria said...

hahaha... akak gak yg gagal lagi potty train Luqman... gile malas nak layan... ;p

missbby said...

aqil ni dah berapa tahun? saya pun nak latih anak perempuan saya yang nak masuk 3 tahun bulan 11 nie..

littlehumblelynn said...

Bagus train awal2,jgn train masa tgh pantang nanti.jenuh :-(

MommyAqil said...

Wahh Aqil dah Buat potty train..bagusnya!!semoga berjaya ye..saya belum bersedia lagi..hihi..tak tau masa yang sesuai!!kikik..

Suliana said...

kak maria,

hehe. blm gagal lagi tu.. :-)

missby,
aqil 2 tahun 8 bulan dah..

kak lyn,
tu le, harap2 nanti dia dah pandai sendiri :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails