Thursday, September 15, 2011

kemaskini profile aqil :-)

Assalamualaikum..

Kali ni nak update pasal anakanda kesayangan pulak.. Minggu depan 20hb 9 genap la aqil 2 tahun 8 bulan.. kejap je anakanda ibu ayah ni membesar. Memang sangat2 nampak perubahannya.. yela, kalau tak berubah, tak normal la pulak kan..

semakin aktif bercakap - alhamdulillah, wording dia adalah skit2 pelat, contoh certain huruf bertukar, R jadi L. kalau TV jadi BV. Nak cakap pun kena hati2, takut dia mengikut. contoh dalam cerita upin ipin, menggunakan perkataan "aku", dia pun "aku" juga.. Masa raya hari tu, anak2 sedara panggil hasben aku "pakteh" - dia pun "pakteh" juga.. hehe..

dari segi makan pula, memang sangat boleh tahan makan. beratnya hampir cecah 12kg.. aqil kuat makan. lebih2 lagi dia kurang minum susu. dia minum susu masa kat nursery je. kalau kat rumah, time dia rasa teringin je baru dia minta susu. tu pun bertuah tunggu dia mintak.. time cuti raya hari tu, kejap2 minta nasi.. adush.. memang la bagus kan dia suka makan nasi.. tapi si tukang suap ni pulak yang malas nak menyuap.. tapi, nak tak nak, kena la kasi kan.

suka main - yang ini memang tak dapat nak dielakkan. sangat suka bola dan badminton. terpengaruh upin ipin kot. kalau kat rumah, ayahnya lah yang jadi mangsa, kadang tu, kita baru balik keje, penat nak layan dia main. aku ajak main sambil duduk, tak nak pulak. haha.. mak nya pemalas... kalau balik kluang, tok ma lah yang kena main badminton dengan dia. tapi, aqil lebih suka main badminton pakai belon, senang nak tangkap :-)

mood pagi - pagi2 mood dia kena layan baik2. penuhkan saje permintaannya.. kalau tak, boleh jadi haru di pagi hari. peel sekarang ni, mesti nak bawa bantal tido dan bantal peluk.. bila sampai je kat pintu nursery, sume barang dia nak bawa sendiri. jangan ada yang sentuh.. so, bawa la dia bantal, beg, kotak susu, penuh dua2 tangan tu. cikgu dia pun dah faham, pagi2 tak leh usik aqil.. yang terbaru sekali, ibu kena babai dia.. baru pagi tadi aku kena babai dia, sambil aqil nangis2.. huhu..

mulut bertanda lebam - mulut dia ni aku pun tak tahu nak jawab apa bila orang tanya. dulu, aqil kalau jatuh, memang mulut yang akan berdarah. rasanya sejak2 dia dah besar ni, makin ketara lebam dia. dulu ada, tapi  tak berapa nampak. kalau jatuh, mesti dah hilangkan tanda lebam tu. so, bila orang tanya, aku cakap 'TANDA". bila tanya doktor, doktor kata tak de apa2. kena bawa gi specialist kulit kah? huhu.. tak pela, janji anak ibu sihat, tak de apa2. cuma nampak macam comot sikit la area mulut tu.. kalau time sejuk, lagi nampak..

 ha.. nampak tak mulut atas tu.. time ni tak ramai lagi orang perasan.. (amik ko, gambar XL :-)

ni time raya baru ni.. soalan cepu emas orang tanya.. 

suka naik kereta, berjalan la maknanya.. budak2 memang cam ni kot agaknya.. kalau buat perangai je, dah faham la tu, boring seharian duduk dalam rumah. kalau tak naik kereta pun, kasi dia main2 kat luar..

suka main guli - padahal bukan la guli sangat. dia suka main manik2 dan mutiara yang kecik2 tu.. 

penakut - pandai takut hantu. polis pun dia takut. ntah mana belajar mengenal hantu pun aku tak tahu. aku rasa dari nursery la. sebab semalam, masa aku amik dia, dia cakap tengah main hantu2 dengan cikgu.. apa la cikgu ni ajar main hantu2 plak.. tu la kalau aku tinggal dia tengok tv sorang gi masak atau solat, dia mesti ikut aku punya.. duduk je tepi aku time solat. apa la aqil ni.. be a brave boy la..

apa lagi ek.. selalu idea2 macam ni datang time aqil ada. kang kalau teringat aku update lagi. hehe.. ok la.. tata.. wassalam. selamat hari Malaysia dan selamat bercuti kawan2.. 





4 comments:

Nur Hasyimah Mahasan said...

cepat je membesarkan...dh mula tunjuk skill dh kan...aqeel jadik abang yg baik untuk bakal adik ek...

Suliana said...

tq auntie syima :-)

Syahada Ahmad said...

sha pun perasan pasal bibir aqil tu sue, tp xde lah nk tanya sbb ingatkan memang kebetulan dalam gambar macam tu.

xpe la sue, asalkan dia sehat x perlu la nk risau, makan pun selera je, seronok la anak kuat makan, tapi maknye kena la rajin2 yeee. ;-)

Mrs. Daniel said...

cepatnya masa berlalu. sedar tak sedar anak pun makin membesar,kan? hee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails