Wednesday, September 21, 2011

kaki kejang

Assalamualaikum...

Salam hari rabu semua!! dah tengah minggu kan.. minggu ni kerja 5 hari ek? hehe.. cam tak biasa pulak.. Semalam, balik keje, adalah sangat lepak.. sebenarnya, kalau kepala ni tak cecah bantal baring2 depan tv , tak de la aku tertido time maghrib.. selalunya, kalau dalam bulan puasa, mesti dah cergas je di dapur bertungkus lumus menyiapkan juadah berbuka puasa. tapi, semalam sebab dah tak puasa, jadi sepanjang hari adalah makan dan mengunyah.. hehe.. Konon2 nak masak sardin je, pastu suami aku kata, asyik makan jek.. yeay! tak yah masak la, kita makan burger je la :-)

Bila dah tido maghrib (jangan ikut tido petang ye - tak baik), malam tu mata buntang je.. dalam pukul 11 baru masuk tido.. siap ada bunyi cengkerik dalam bilik aku. ntah masuk dari mana tidak ku ketahui. tapi bila tutup lampu, gelap gelita, siap la dia berlagu riang- sangat memekak okey.. nak cari celah mana dia duduk pun tak tahu.. huhu.. berapa lama agaknya jangka hayat cengkerik ni ek? 

Pastu, semalam, adalah pertama kali kaki ku cramp!!! mula-mula konon nak menggeliat, sekali tu, ha.. habis kejang urat kaki belah kiri.. menjerit - jerit manja di tengah malam kejutkan hasben suruh tolak kaki aku. tak de la malam sangat, dah nak subuh dah. tengok2 jam dalam pukul 5.15 gitu.. Sekali tu hasben aku bangun dalam keadaan mamai cam tu kan, dia picit manja juga.. kaki yang salah pulak tu.. aduhai.. sampai kaki yang kejang tu pun dah kendur sendiri.. huhu.. mencik tau..

So, pagi ni jalan adalah terhencut - hencut. Kejang kaki masih berbekas.. Sebelum ni, aku macam tertanya2 juga tapi bersyukur juga la, kaki aku tak de cramp lagi. sekali tu, semalam adalah hari yang paling 'best'.. terkena juga aku. so, lepas ni, kalau nak menggeliat tengah malam, kena hati2.. huhu..

Ok dah. cukupla pagi ni sebagai pembuka bicara :-)

babai..

wassalam :-)

p/s: nak tengok result MGTT this friday dulu baru boleh decide minum susu ke tidak..


 

3 comments:

ejaMaria said...

sejuk tu... sbb tu cramp... lepas ni selimut jgn tinggal naaa...

Suliana said...

baik doktor :-) selimut lari masa tido :-)

Nur Hasyimah Mahasan said...

tul tu...syima dulu pun cramp gak kadang2...kalu selimut ok la..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails