Monday, September 19, 2011

family time again!

Assalamualaikum..

Apa khabar korang.. 3 hari tak update blog apa kes? hehe.. biasala, dah weekend kan, mesti la banyak agenda2 yang memerlukan perhatian, sampaikan tak de peluang nak update blog. bila ada peluang, tiba2 rasa tak feel plak nak update. banyak sangat gangguan menyebabkan sang penulis terganggu idea2 nya lalu terus klik button X. chewah..

Okey, weekend kami hari tu macam biasa je. tak pegi jauh2 pun, dekat2 je. hari Jumaat, selesai saje aktiviti di rumah like basuh kain, sapu2 skit, petang tu terus pegi kelang.. beraya rumah kak long aku pulak. adik2 yang lain dah pegi, kami je la belum pegi.. sampai pun dah petang, balik lepas isyak macam tu.. Ingatkan nak beraya rumah jiran belakang, sekali tu macam dah malam je kan. tunda la esok pulak :-) budak2 ni kalau dah berjumpa cam ni la keadaannya.. mari kita sepahkan bilik aiman plak. hehe..


Keesokkannya pulak (sabtu), kitorang memang tak plan gi mana2... Konon nak berjalan pegi JJ Wangsa Maju bawa aqil main.. sekali tu, punya lah nak elak jem, tetiba sampai SOGO.. ha, camana tu? hehe.. lokasi telah berubah.. so, berjimba2 la kita di Sogo.. Hasben ku beli baju ayahnya dan aqil dapat main game kat tingkat 8 tu.. Token kat situ boleh dikatakan murah tapi sekali game dia memerlukan 3-4 token. lebih kurang sama je la kan ratenya.. Tak banyak game untuk budak2 baya aqil. untuk bapak budak banyak le.. hehe..

 budak ni suka masuk fitting room, main cermin :-)

eh, sape yang main sebenarnya ni? hehe..

Bila dah petang skit tu, kitorang pegi beraya rumah member.. siap sembahyang asar dan maghrib terus.. kekeke... lepak lama sikit la kan.. dijamu makan dengan mee dan kue teow kungfu.. sedap jugak, boleh la try pas ni :-) pastu, lepas maghrib tu beraya rumah makcik belakang rumah pulak.. ok, nanti  aku story lagi.. to be continue...

wassalam :-)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails