Tuesday, September 20, 2011

cabaran anak lasak

Assalamualaikum..

Hallu semua.. semalam kata nak sambung cerita kan.. sekali tu, tak tersambung2.. lately blog agak diabaikan, may be lebih suka membaca dari menulis. mungkin juga tiada idea nak jadi penglipurlara.. Oh, hari ni, kami dah berhari raya!! Alhamdulillah, tercapai hajat nak puasa sunat syawal tahun ni. tahun lepas, berhajat juga, tapi hati tak kuat, terikut-ikutkan nafsu lebih nak makan, lansung tak buat.. huhu.. Alhamdulillah tahun ni, settle puasa ganti dan puasa sunat. lebih manis lagi, sang suami tidak culas untuk berpuasa bersama :-) kawan2 yang masih belum settle puasa 6, masih ada masa lagi ni sebelum bulan baru terbit..

Okey, sambung cerita.. sekarang kan aqil dah makin lasak.. sejak dari dia jatuhkan barang kat guardian (baca kat sini), aku jadi makin tak percaya nak lepas kan dia kat tempat2 yang berisiko.. huhu.. Contohnya macam beraya rumah orang la kan.. bagi ibu2, memang suka pergi rumah orang tengok CANTIKNYA RUMAH DIA... KEMASNYA RUMAH DIA... haa.. gitu.. :-) sekali tu, datang bawa budak kecik la pulak kan. budak kecik ni pulak, macam kurang sopan bila berada di rumah orang. sampai ke mana-mana pergi nya..

Kalau kita dah biasa dengan orang tu, lain la cerita. nak buat sepah cam rumah aiman pun tak pe. hehe.. Ini tidak. ibu baru nak berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan jiran belakang rumah, sekali tu, anak buat perangai pulak.. aduhai, terbeliak mata bagai nak terkeluar anak mata pun, apa dia heran. Mungkin inilah perasaan yang timbul di kalangan ibu bapa yang malas nak bawa anak pegi mana2..

Macam kat rumah jiran belakang tu, rumah nya memang cantik. penuh dengan barang2 antik - al maklumlah, tak de budak kecik dah.. segalanya tersusun rapi.. sekali tu datang aqil, kebetulan time tu dia macam dah mengantuk (seharian berjalan) - mulalah dia buat perangai. nak minum air, air panas.. tuang dalam piring.. dah tuang, nak angkat masuk mulut, boleh tumpah plak gara-gara nak minum sendiri... risau dengan balang2 kuih raya yang berkaca2.. ibu yang nak bersembang kadang2 terputus bicara kerana melayan anak yang buat perangai..

Perasaan yang sama berlaku juga bila bawa dia pergi makan kat kedai. semalam, kami berbuka di piza.. dia mana reti duduk diam.. jalan-jalan sana sini tengok orang.. tangan tu kadang2 menyentuh piring2 dan sudu2 yang terletak elok atas meja.. risau juga takut tangannya tertepis pinggan.. Ibu faham, bukan dia sengaja nak pecah2 kan barang.. yelah, ibu je faham, tapi orang lain yang menengok tu fahamkah? mestila orang tak salahkan budak kecik tu kan. Mestila orang kata "Mana mak dia? tak reti tengok anak ke?" huhu..

Tak pela, bagi ku ini semua pengalaman yang akan dilalui oleh semua orang dalam tempoh membesarkan anak2 ni kan.. Bagi seorang ibu, kerisauan itu tetap akan ada sampailah dia menutup mata :-)

Sekian, wassalam :-)

p/s: aku kecik2 dulu agaknya camana la ek.. rasa macam sopan santun jek :-p


6 comments:

Kasih Kita said...

Anak saya sekarang suka tarik rambut or tudung orang. Bila g kenduri kawin kene dukung yusuf pastikan tiada org di belakang dan sebelah yusuf. kalu x, abisla tudung orang huhu

MommyAqil said...

huhuhu..smaa la dgn aqil kita jugak..lasak ya amat..mmg sama pesen rasanya..nak mkn kt luar pon kena cari benda lain tuk alihkan perhatian..kalo tak,mmg mkn tak kenyang mandi tak basah la tgk ank buat perangai...Hari tu pg beraya pon jenuh dok tahan tngan dia sepahkan barang n berhati2 so that tak tumpahkan air dan makanan..sama2 la kita mengharungi cabaran ni ye ibu Aqil...

mamamuaz said...

biasalah su...anak laki mmg lasak...takmo dok diam...sume dia nk explore =)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

mmg pening sue kalau anak lasak...lnda kekdg naik malas nak gi umah org sbb kenangkan hero lnda sorang tu yg berlari kesana kesini, aritu pun pecah gelas beli kat holand unty asben dibuatnya ..rasa mcm nak rotan jek dia time2 tu jugak.....huhuhu..maluuuuuu gilerr beb..

faiez said...

anakku jua sama.....;-p

fiza arshad said...

hehehe..faris pn da makin lasak..2 hari lepas berdarah gusi tersengguk kt taska..mcm mane nk monitor nih..hehehe..sgt suke pukul org, alamak, x dpt nk tlg..kalo marah, dimarahnye kite blk hehehe..ni tak jalan lg, kalo da jln x tau la :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails