Friday, August 19, 2011

shopping jalan TAR

Assalamualaikum..

Baru je balik dari Jalan TAR.. fuh.. ramai orang tu tak ramai sangat sebab kuar awal tadi. hehe.. tapi panasnya lain macam.. jalan celah2 gerai tu kan.. Tujuan ke Jalan TAR adalah mencari baju kurung siap kedua2 mak ku itu.. Gigih berjalan mak yong ni tau.. mula2 memang larat, tapi bila time balik tu lenguh nya kaki.. bila dah dapat duduk, semangat balik  nak pegi lagi.. kuikuikui..

Dapat ke tidak  barangnya? hmm.. dapat la 3 pasang baju. sepasang baju mak aku, adik aku suh belikan.. Pada pendapat aku la kan, mencari baju kurung siap memang susah!!! Nak-nak lagi sekarang semuanya fesyen kurung pahang, fesyen baju ikut body. Very limited untuk orang2 tua.. Dengan harganya yang kalau tak capai 100 lebih, mesti kain ala2 tak cantik.. Kalau kain tu cantik, kemas digosok tu, hmm RM 100 la tu.. Baju melayu lelaki pulak, semuanya macam cantik2.. harga dia pun memang RM 100 ke atas la kan.. 

Pas tu, aku sedikit menyesal beli baju kat bazar tu, sebab rasanya beli kat kedai lagi okey. Harga pun memang lebih RM 100 la kan, tapi bukan la aku nak cari yang mahal2, aku nak cari kain yang elok sikit.. kita nak kasi orang at least mesti la kain elok sikit.. Tapi kata adik tu boleh tukar kalau tak muat. aku macam dapat rasa macam tak muat.. huhu.. Tapi, kalau memang aku nak pulang balik baju tu tanpa membeli baju lain, sudikah dia pulangkan balik duit aku? huhu..

Pastu, round2 lagi, kali ni tak masuk dah bazar tu, panaskan, cari tempat yang berekon la pulak.. pegi semua house.. hmm.. masuk2 je ada satu kedai ni, terus aku nampak cantik.. amik la 2 pasang kat situ.. dari situ la rasa menyesal beli kat bazar tu. Nanti la tunggu esok lusa ke kalau balik kampung mertua, tengok dia muat ke tak kain baju kurung tu.. kain tu jenis kain lipat batik, macam sempit je aku tengok..  kalau tak, aku pulangkan balik kat bazar tu isnin ni.. nak pegi hari ni macam tak larat jek.. Tambahan lagi hasben aku kirim pulak baju raihan ayah dia.. kena round lagi.. ada sape2 sudi nak temankan lagi? hehe..

Okla, need to go now.. ada keje menunggu.. tata :-)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails