Monday, August 29, 2011

rendang negeri sembilan

Assalamualaikum..

Hari ni insya-Allah last kita semua bersahur.. Alhamdulillah aku tak de miss sahur lansung tahun ni.. bila dah tak miss sahur, tentulah solat subuh pun alhamdulillah tak de yang miss juga.. Harap2 bulan2 seterusnya lebih istiqamah dalam menjalani ibadah suruhan Allah...

Okey kali ni nak bercerita pasal rendang negeri sembilan, yang ni resepi dari mak mertua aku - orang minang ye.. orang lain tak tahu la camana caranya kan.. Rendang ni bukan nak puji MIL sendiri tapi memang sedap sebab family aku kat Johor pun suka sangat rendang MIL ni...

Bahan-bahan yang ada dalam rendang di bawah ni adalah daging, limpa (direbus dulu), bawang merah, bawang putih, halia (semua dihiris) dan lengkuas ditumbuk.. serai, serbuk kunyit, rempah kari daging, cili giling, cili api, garam... Campurkan semua bahan-bahan tersebut dalam satu kawah dan biar sekejap sementara menunggu santan yang diperah..

 daging yang sedang diperap.. masa ni boleh standby dah kayu api.. kalau korang nak masak atas dapur gas pun boleh.. ni untuk kuantiti yang banyak boleh la masak atas dapur kayu api...

 bila api dah standby, baru la angkat sekawah daging tadi dan letak la atas tungku besi ni.. sebelum tu letak la santan yang diperah tu... kena kacau2 selalu rendang ni, kalau tak, takut hangit sebahagiannya..

rendang sedang dimasak... sebelum dia kering menjadi rendang, boleh la amik sikit untuk jadi gulai daging dan tambah sedikit kentang di periuk yang lain, masa ni dia tak berapa kering lagi.. asingkan untuk dijadikan santapan berbuka tapi make sure la daging dah cukup empuk ye... Pastu, bila dah hampir2 masak, boleh la letakkan kerisik supaya dia jadi hitam macam gambar bawah ni....

tara.. rendang daging dah siap... ni la santapan wajib bagi family suami ku di pagi raya.. WAJIB ok.. makan dengan lemang..

aku tak dela tolong sangat, tolong tengok dan halau lalat je, dan sapu2 :-p... raya kali ni insya-Allah ada dua rendang, rendang daging dan rendang itik... rendang daging ni biasanya tahan lama, tapi kalau rendang macam ayam dan itik tu, kejap je dah habis dan tak leh simpan lama-lama, takut basi... Aku pun tak pernah cuba masak rendang MIL ni even dah 4 tahun lebih kawin.. hehe.. nanti la kalau ada terasa nak cuba, aku cuba la :-)

Selamat hari raya kawan-kawan...
 

1 comment:

abu idris said...

arrayah.info : Jika 30 Ogos 2011 Raya, Di Manakah Lokasi Anak Bulan Kelihatan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails