Monday, August 22, 2011

popia simpul

Assalamualaikum..

Hai kawan2.. buat apa tu? semua dah mood raya ke? hehe.. me? sama juga la, lebih bersemangat lagi bila dengar lagu raya :-) pagi ni keje macam tak banyak sangat.. memang tak de pun. so, apakah tindakan seterusnya? pagi tadi aku dah isi borang Ujrah sebanyak 4 set tu, diploma dan degree, penat mengisi borang tau. huhu.. Pas tu, dah habis isi, tengok keje skit. pastu dah settle, aku teruskan dengan menjahit manik.. hehehe..

Time2 free ni boleh la jahit manik kan.. dah nak hampir siap baju kedua aku. Macam dah naik malas tau tunggu dia siap, tapi baju nak blink2 jugak, camana tu.. terpaksa siapkan jugak. ada lagi sepasang baju aku yang belum dihias dan dua pasang baju mak aku yang dia minta aku jahitkan manik.. huhu.. kalau sempat, aku buat la, kalau tak sempat, mama jahit sendiri la yek :-D

Semalam, aku berjaya menyiapkan sebalang kecil popia simpul.. ha. letih menyimpul sorang2 tau.. bukan apa, sebab aku tak fokus, banyak benda dalam otak aku ni sume nak buat. duk terkenangkan baju yang tak siap jahit manik lagi, pastu duk buat popia simpul lagi.. sume nak cuba buat. hasben aku kata "beli je la.. tak pernah tengok pun sayang makan popia kecik ni".. eee aku suka juga la popia ni tau.. tapi aku tak de la membeli kecuali makan kat umah orang je. dah orang kata senang nak buat, aku try ler.. hehe..

Alhamdulillah, berkat kerajinan aku dan tidak putus aku menyiapkan popia tu, dapat la sebalang kecil.. serunding ikan yang aku beli tu pun banyak lagi. nampaknya kena la beli kulit popia lagi. tapi popia aku ni ala2 giant gitu.. hehe.. first try ok la kan, dimaafkan :-)

 kulit popia, aku beli KG pastry warna pink tapi yg kecik punya.. sentiasa di dalam kain tuala yang lembab..

 serunding ikan.. sedap tapi bila dah goreng, macam masin sikit..

 letak sikit je, ke banyak ni? hehe

 simpul lah ia dengan berhati2. hehe.. besar sikit hasil tangan aku ni.. :-)

 ni je la hasil dia. sikit kan..

 goreng jangan tinggal... amik gambar laju2.. hehe

 tak boleh dijual sebab gelap skit kaler dia. hehe

dapat la sebalang kecik ni ha.. siap nyorok dalam kabinet aqil asyik minta. hehe..

kalau nak tengok orang pro buat, boleh ke blog syima. tq syima.. :-)

babai.. wassalam

p/s: sume nak buat, pas tu stress tak siap :-p

 

6 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

wah ni pun da kire pro nikh...yanty tak tau pun mudah jew nak buat..asalkan rajin ...huhuhuhu

eiela said...

saya tak buat popia nih, jenuh nak menyimpulnya.

Marsha~ said...

dulu pernah try tolong nenek hubby buat ni... susah woooo

Taste Of Tapah said...

anta satu balang free kat tingkat 12 :)

Suliana said...

mama mya,
tu le, kena rajin :-)

eiela,
hehe.. cuba la, senang je..

marsha,
praktis makes perfect :-)

zeti,
aik dah tukar tgkt 12 ke? nnti aku wat byk sikit aku kasi le ye :-)

misscha said...

uit sejak bile zeti tkt 12??

rajin2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails