Sunday, August 7, 2011

penuh semeja

Assalamualaikum...

Selamat hari Ahad!! Buat pe tu korang?? dah fikir dah nak makan apa petang ni? Aku ni masih lagi terfikir2 apa nak masak. Idea dah ada tapi macam tak cukup mantop gitu.. hehe..

Semalam, rumah aku dipenuhi dengan adik2 aku yang merantau dua orang tu.. Sama macam aku la, tak dapat buka dengan mak ayah, buka ngan adik beradik pun dah kira ok apa... At least, ada juga la bahagian aku nak dapat pahala kasi orang makan .. hehe.. Menu adalah nasi ayam, ulangan dari hari tu aku ada buat, pastu spagetti sebagai makanan tambahan, sebab ada lebih kuah spagetti kan.. pastu, aku buat puding roti gulung.. hehe.. Penuh satu meja, padahal yang bukanya 5 orang je.. Aqil tido plak time maghrib tu.. tak de la mengacau sangat..

 tara... alhamdulillah, kenyang. siap tapaukan budak2 tu..


dari hujung meja, ke hujung meja..

Now, umah ni dah tak de orang.. kembali senyap sunyi seperti biasa.. yang ada cuma budak kecik ni la.. chicken pox tapi nakalnya menguji kesabaran.. buat sepah sume.. time ni aku tengah update blog, dia sibuk memunggah baling2 mainan dia.. pas ni siap awak ye.. babap dia..

Okey la, nak settlekan apa yang patut.. kemas umah, lipat kain.. Esok ayah aqil pulak jaga aqil selama tiga hari.. Aku dah siapkan juga la keje sikit2 yang mana perlu dihantar esok.. kalau tak siapkan sahur tadi, tak dapat buat kat umah sebab aqil kacau, tambahan pulak, esok mesti ada lagi keje yang menunggu di opis tu.. huhu.. Okeyla, babai.. wassalam :-)


4 comments:

misscha said...

penuh meja......mee tu mkn ngan ape? spageti ek?

Suliana said...

ye.. spageti. . buat tambah2. lebihan buka hari sblm tu.. hehe

Kasih Kita said...

Rajinnya bawa kerja balik umah :) memang pekerja yg berdedikasi

Suliana said...

nana,

terpaksa la nana.. kalau tak, keje memang melambak tgu hari isnin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails