Friday, August 5, 2011

Nasi ayam home made

Assalamualaikum..

Menu semalam adalah nasi ayam.. Aku amik resepi dari blog kak ummi ni. rasanya, dulu pun pernah post pasal nasi ayam ni.. hehe.. masak sikit je dalam sepot setengah.. tapi boleh makan sampai sahur.. ha.. gile malas acik ni nak masak lagi. Yela, sayang nasi terbuang2 kan.. Nasib baik hasben aku okey je.. lagi pun tekak dia sakit, tak leh makan pedas, makan kuah2 okey la..

nasi ayam..

ayam beli kat carefour. dua bahagian peha sambung ngan dada baru RM 8.. cer tengok kat param, seketul ayam percik dah RM 7.. padahal rasa tak le sedap mana..

sup ayam dan sos lada.. sos lada ni, terpedas sikit.. tapi untuk aku okey la, untuk suami aku tak okey.. pedas.. huhu

So, apa menu petang ni? aku ada tetamu hari ni.. adik aku yang kat poli shah alam tu datang.. alang2 dia nak datang, aku suruh dia beli barang nak buat spagetti dan puding roti - kalau ada time.. hehe.. Jauh betul kirimannya ye.. Yela, aku nak kuar boleh je, tapi bawa aqil tengah putih2 muka dia ni.. sian pulak.. Ok, masa untuk memasak!! selamat berbuka kawan2...

1 comment:

Lovely Kitchen said...

Salam ramadhan...sedapnya nasi ayam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails