Monday, August 8, 2011

my little sunshine ever after :-)

Assalamualaikum...

Selamat tengahari kawan2!! hari ni aku masuk keje balik.. macam biskut je kehadiran aku bulan ni.. huhu. minggu ni pun khamis jumaat cuti lagi.. Tapi cuti gilir2 ngan hasben tak de la terasa sangat kan ketiadaan ku ini.. Melainkan keje banyak.. keje memang banyak manjang, hari ni masuk pun, tak settle2 lagi buat slide.. adoi, pening..

Keadaan aqil camana pulak kan. dia okey je. demam hari tu je dua hari makan ubat demam, sebab badan dia tak de la panas mana.. may be sebab chicken pox tu nak kuar kan, tu yang demam sikit tu.. pastu, dah kemain melompat buli ibu & ayah kan.. siap melenting2 kat ayah dia. dah la ayah awak tu belum kena lagi. serba salah pulak dia nak dekat2 ngan anak dia yang melenting2 tu kan. tapi, budak, apa tahu, tak kira, nak panjat juga badan ayah dia. haha.. nasib la bang.. Kalau hasben aku kena, masak la tak beraya kami sekeluarga.. kuikuikui.. minta dijauhkan.. tinggal je la laki aku kat umah sorang2.. hehe..

asal nak amik gambar je, posing cam ni.. tengok tangan dia tu.. ala2 atomen la konon.. chicken pox aqil kecik2, dah kuar satu badan dah.. 

 atomen lagi... ada la satu siri atomen ni ultramen zearth. dia panggil atomen gosok gigi. haha.. sebabnya atomen tu tak leh kotor2, kalau kotor, dia tak power gitu.. alat bertukar dia adalah berus gigi. :-p

 atomen taro pulak..

comot betul anak ibu ni..

Sekarang ni, dia susah sikit nak tido siang. ligat sangat main. tapi, kalau dia rasa dah penat sangat, time maghrib pun dia nak bantai tido.. rengek2 suruh ibu tepuk dia. yela, tak dapat nenen, kena tepuk pulak. malam pun sama.. kena tepuk dulu sambil dengar lagu Maher Zain Insya-Allah tu.. Kadang tu, aku tak sedar, aku yang tido dulu.. habis bateri tepon ibu sampai ke subuh on je lagu Maher Zain tu.. Kalau bangun pagi, celik mata je, ajak turun bawah, nak tengok tv.. kadang tu minta cite yang memang tak de. contoh nak tengok ultramen.. puas la aku tukar chanel, memang tak de, weekend je ada.. terpaksa la pujuk dia tengok cite lain.. kadang tu memilih, nak tengok kat tv, tak nak tengok kat laptop.. jenuh melayan anak sorang ni..

Lagi satu, dia suka korek kudis ciken pox aku.. huhu.. kalau yang memang dah kering betul tak pe.. ni ada lagi yang memang payah nak tanggal, beria dia nak cabutkan / kutis.. sabo je la la.. Kalau kat badan dia tu, agaknya ciken pox tu baru nak mengembung, tak jadi nak kembong. tinggal merah2 macam kena garu dah.. hmm.. aqil aqil.. macam2.. sekarang nak mandikan dia pun payah. tak suka mandi.. mungkin sakit kot.. tak tahu la anak2 ni..

Okey la, panjang berjela pulak cerita aku ni. petang ni nak masak apa eh.. masak me rebus terengganu dari blog eyriqazz pun macam best kan. slurpp... simple je.. tapi kena cari mee kuning plak kan. mee tu dah la cepat habis time2 cam ni.. Okey, sekian.. wassalam :-)


3 comments:

faiez said...

senang skit hati ibu...aqil dah makin sihat kan????
weh mmg terliur tgk mee tersebut

Baju Kurung Budak said...

Salam.
jangan suruh dia korek. Nanti berlubang plak kulit tu kang....

rihana said...

kekekeke kelakar yg part maher zain nyanyi smpi pg ngan cari cite ultramen tu hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails