Tuesday, August 9, 2011

mee rebus terengganu

Assalamualaikum..

Bila dah petang2 ni kan, mula la cari idea nak masak apa kan. hehe.. Pening juga fikir nak masak apa.. Untuk puasa kali ni, seingat aku, belum lagi aku buka makan nasi berlauk tau, kecuali nasi ayam hari tu..  balik2 mee, spaghetti dan kuih muih.. Hmm.. kalau macam ni, boleh kurus tak agak2 hasben aku? hehe.. Baru puasa ke 9 dah kekeringan idea nak masak apa.. tu yang google2 blog masak2, terus tercetus idea.. ting!!! tapi setakat ni, tak tahu lagi nak masak apa. hehe..

Cer teka semalam aku buka apa? haa.. jangan tak tahu.. Dalam penat2 aku bawa kereta, sempat lagi aku pegi singgah param, beli karipap.. kuih tepung pelita dah stop beli dah, takut makan banyak2. hehe.. so, try test beli karipap, sedap pulak. ada la tiap2 hari kalau gerai dia buka aku beli 2-3 ketul. semalam je beli 5 ketul karipap ayam dan kentang..



Balik tu, terus masak mee rebus terengganu... hehe.. percubaan kali pertama okey.. sedap!! dan makan panas2 memang bertambah, terus tak laku karipap tu.. sangat simple masakannya.. tapi tak tahu la banyak sangat lada hitam tu atau perut aku ni memang tak tahan sangat lada hitam, ambik ko, sakit perut.. kuar masuk tandas.. hehe.. nasib baik hasben ngan aqil macam okey jek..

 suku kilo mee je pakai.. dia memang sedap rebus sekali mee tu.. nak dekat2 buka baru aku masuk mee tu, baru tak kembang sangat..

 licin...

aksi aqil, hirup kuah je.. mee tak nak pulak dia makan, selalunya dia suka makan mee..

Aku amik idea berbuka ni daripada blog eyriqazz.. hehe.. next time boleh buat lagi.. Okey resepi aku pulak, lebih kurang sama je macam eyriqazz punya.. Meh aku kasi resepi aku pulak.. 

bahan-bahan:
5 ketul bawang putih - cincang atau tumbuk
ayam potong kecik2/udang/apa je la seafood
carrot/kubis bunga/ sayur sawi..
minyak untuk menumis
mee kuning
garam dan bahan perasa yang lain
lada hitam
lada sulah

Cara-caranya. 

Tumis bawang sampai kuning. Pastu dah kuning tu, aku tumis sekali dengan ayam. dah agak2 serap rasa bawang putih tu, aku tambah la air. ikut suka korang nak air banyak mana, tengok berapa orang yang makan la kan.. pastu, letak la sayur2 yang keras tu.. tambah sedikit lada hitam dan lada sulah.. letak garam. Kalau rasa2 nak makan tu, boleh la campurkan mee kuning tu (basuh bersih2 dulu, kasi hilang rasa kapur etc).. letak la daun sawi.. mee tu memang sedap kalau campur terus dalam kuah dia.. baru turun rasa mee kuning tu.. hehe.. 

Bagi yang tak biasa makan macam hasben aku, akan komplen, "cam ni je rupa dia?" yela, aku pun dah ingat2 lupa dah camana rupa dia. hehe.. bila makan, hmm sedap, makan panas2.. tapi kena letak cili api atau sambal cili api memang terangkat... lain kali boleh buat lagi.. :-) tq eyriqazz for sharing the best resepi :-) saya dah terror buat, meh datang umah, nak kasi chef rasa masakan ku ini.. hehe..

Okeyla.. till now.. nak gi jalan2 cari manik jap :-) babai.. wassalam :-)

3 comments:

Taste Of Tapah said...

Aku hajat nak buat mee rebus, tapi terjadi mee bandung.. kah kah

Suliana said...

zeti,
dah, mana resepi mee bandung ko nya.. tak reti2 tepek kat blog :-p

fiza arshad said...

waaa..nnt blh try..thnx kak sue :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails