Wednesday, August 31, 2011

kerana blusher....

Assalamualaikum...

Kejadian sebelum balik kampung, sehari sebelum raya.. Aku ni nak membeli barang make up sikit.. dari hari tu dah cari tapi asyik berkira-kira nak beli ke tak nak. tiba2, bila nak beli, dah last minit, semua barang pun dah sold out.. aish.. barang make up pun sold out!! hairan aku...

Jadi, selepas memasak rendang kat kampung, malam tu kami pegi la carefour ampang nak cari make up aku tu kan.. masuk la guardian.. sedang aku duk pilih2 blusher apa nak cari ni, si budak kecik ni memang sibuk la ke sana ke mari.. aku dah risau juga takut dia terpecah barang ke apa kan.. banyak kali juga aku sound dia..

Tiba-tiba, bamm... kotak yang diorang display barang kat pintu masuk terbalik.. aku tengok, anak aku sedang  berdiri kat situ!! haa.. aqil buat apa ni.. sabo je la.. masa tu ramai dah orang duk tengok2.. siap cashier dia tanya, sape buat ni?? takkan aku nak cakap budak ni, anak sape ntah, senyum2 kelat je la.. huhu.. muka aku pun dah berubah agaknya.. 

Tak lama tu, aku masih lagi berdiri pilih2 make up dalam hari yang bergelora tu.. nak marah pun kesian tapi muka aqil macam dah nak nangis la.. tak sampai hati nak marah dia, bukan dia sengaja.. datang la sorang salesgirl ni bagitahu, sori kak, akak kena ganti barang yang pecah tu. okey la aku redha je la kan.. nak buat camana, anak aku yang buat.. huhu.. kotak display tu pun ringan je, memang senang la nak jatuh kalau orang tolak.. 

Barang yang jatuh tu ada lima botol semuanya.. 1 pecah memang kosong habis la isi dia, 2 tutup dia terbuka dan kuantiti dia berkurangan la, 2 lagi nasib baik tak terjejas dan dirang tak caj.. Nasib baik juga benda tu RM 7 lebih je satu.. kena la aku dalam RM 21 malam tu untuk barang yang bukan aku nak beli.. plus dengan blusher dan lip ice, kena la RM 56 plus2...

Aku minta la semua barang yang aqil buat pecah tu.. dapat la 2 botol yang masih boleh di gunakan.. nak tahu barang apa? cleanser cap guardian.. cuci muka.. aku suruh hasben aku pakai... hehe... rugi, kalau tak ibu boleh beli sebatang celak ok..


Aqil aqil.. lain kali tak nak bawa dah dia masuk tempat2 cam ni.. ligat kemain.. sepanjang balik tu, muka dia sedih je.. sian pulak.. last2 before tido tu, kena la dia dengan ayah dia sebab buat perangai... tidur la dia dalam sedu sedan.. huhu.. sebelum tido tu, aku tanya la sayang ayah tak? dia jawab, "tak sayang ayah".. huhu.. dah pandai merajuk anak ibu ni... then, bila bangun pagi, ceria cam biasa pulak... tu la kisah anak bujang aku ni... okey, dah tata.. thanks sudi baca... wassalam

p/s: selamat hari kebangsaan ke 54 Malaysia!! moga terus kekal menjadi negara bertuah aman makmur di bawah lindungan Allah Taala.....


3 comments:

Erin Rashid said...

kesian kat aqil bila baca entry ko ni
kalo jd kat aku pon, si bapaknye akan naik tgn nnt bila dh smpai kt rumah
aku biasanya riuh kt mulut je
hehhehe

Suliana said...

erin,

tu la.. tapi skrg nakal dia menjadi2.. huhu..kang klu marah, suara mak nya yg lebih kuat dari suara anak :-)

fiza arshad said...

br bace entry ni kak sue..tu la kan? anak da makin besar, mcm2 la ragam die..kdg cian jgk kalo kite marah kt anak ni, marah2 sayang gtu :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails