Tuesday, August 23, 2011

Kempen Rumah Selamat

Assalamualaikum..

Selamat pagi Malaysia :-) Apa khabar hari ni ? me sihat2 saje.. kecuali si kecil tu, semalam badan dia terasa panas.. demam rupanya.. 37.5 degree.. tapi masih aktif dan mengacau macam biasa la.. beralih bulan agaknya.. dah kasi makan ubat, elok la. pas tu tengah malam, badan dia tak panas tapi macam menggigil. Aku peluk dia dan tanya, kenapa qil? dia jawab "demam" .. hmm dah pandai feel rasa demam ye nak.. pas tu, aku selimut kan dia dengan harapan badan dia tak gigil la kan. Dalam hari risau juga takut terkena sawan tengah-tengah malam ni.. Pastu, bila time nak sahur tu, baru la badan dia rasa panas, dan dia pun buat pertama kalinya dalam tahun ni, dia bangun sahur dengan kami.. 

Sebenarnya aku yang rasa malas nak bangun sahur pagi tadi. hehe.. Teringat asyik2 lauk telur mata goreng je.. Sebabnya lauk2 untuk berbuka dah habis dimakan dan aku tak masak dah lepas isyak tu.. hehe.. Tapi mengenangkan kena bersahur kami bangun juga.. Aqil pun sama makan sekali, pastu baru la boleh makan ubat demam dia.. Seperti biasa tadi dia tak nak pegi taska.. sampai taska melalak2 nak bantal peluk dia, ngada2 pulak.. terpaksala kami balik amik bantal..

Okey, panjang betul introduction nya :-) Semalam juga, kami singgah di pasar ramadhan kat area rumah kami. Tiba di sana, ramai betul polis berlegar-legar. Ingatkan diorang ambush penjual mercun. Rupanya diorang buka table untuk Kempen Rumah Selamat.. Sempena nak balik beraya ni, diorang akan memastikan rumah kita selamat (insya-Allah) dibawah kawalan pihak Polis. kami pun, tanpa berlengah2 lagi turut mengisi borang kempen tersebut :-)


Yela, tinggal rumah lama juga la kan. Jiran aku depan Cina, kiri pulak memang tak balik kampung, boleh la juga tolong tengok-tengokkan rumah kami :-) dalam borang kempen tu, dia suruh letak apa benda yang tinggal contoh kereta ke, motor ke, tarikh berapa lama bercuti dan juga alamat semasa bercuti.. Kira ok la kan, sebagai salah satu inisiatif PDRM.. terima kasih Tuan - Tuan Polis yang bakal bekerja semasa musim perayaan..

Okey itu je nak update pagi ni. actually banyak juga cerita nak story tapi tertangguh last2 peram :-) Okey. babai .. wassalam..
 

3 comments:

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

wah bagui la kat situ yerk su...

littlehumblelynn said...

sue

bagusnya..teringat masa tggl kat ampang indah.kami balik cuti raya haji seminggu..habis kena masuk..pecah tingkap bilik..hilang lappy smp 2 bijik :(

Suliana said...

mama mya,

rasanya semalam ada keluar tv, mmg tgk wat kempen ni..

kak lyn,
ye ke.. siannya.. harap2 dijauhkan dari kita semua benda2 mcm ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails