Saturday, August 13, 2011

hampir siap :-)

Assalamualaikum..

Selamat pagi kawan2!!! Buat apa tu? dari sahur tadi aku belum tido lagi ni.. pas sahur, gigih jahit manik.. selagi tak siap, selagi tu la rasa macam tak sabar nak siapkan.. Bila dah siap, sibuk pulak nak tambah2 lagi, macam simple sangat. hehe.. Aqil tu kacau juga, ayat dia "ibu, nak tolong".. ye la tolong.. dia amik gunting pas tu dia kacau2 manik dalam box manik tu. ada yang tumpah, ada yang bercampur warnanya.. huhu.. Gasak ler, tak larat nak marah dah..

simple je.. kalau ada free time lagi, boleh la wat manik tabur ke decorate ke sikit2 lagi.. ada lagi 2 pasang baju yang nak dihias-hias lagi.. 

Kain ni aku beli kat Jakel hari tu.. Oleh kerana nampak macam kosong sangat, aku nak juga la tambah sikit sikit2 manik.. Mula2, kering idea juga. Yela, aku ni amatur, tak de la pegi kelas jahit manik ke apa kan, main taram je jahit tu, tak ikut teknik2 yang sebenar.. ada yang okey, ada yang tersasul jugak.. Lantak le, aku sorang je yang pakai, orang lain nampak blink2 dia je.. hehe.. Konon2 nak siapkan tangan je, pastu berjangkit sampai ke leher, padahal bukan nampak pun, kan pakai tudung kan.. eh, pakai baju manik2 ni nak menayang kat orang ker? huhu. tak de la, untuk kepuasan diri sendiri.. :-)

Wokey la.. Nanti kita stori mori lagi.. babai.. nak sambung balik jahit manik.. kang aqil dah bangun, baru aku tido plak.. biar la ayah dia layan pulak.. hehe.. Be.. wassalam


 

4 comments:

misscha said...

wahhh..berkat cuti dpt siapkan..ekekke

Mama Farra dan Faris said...

salam..

lama tak jalan 2 sini..

wah kreatif juga tu..

akak nak buat manik2 kat tudung farra juge..

Suliana said...

misscha,

hehe.. berkat terjerit2 marah aqil :-p

kak y,
mekacih sudi singgah :-) wa, meriah la farra nnti :-)

faiez said...

dari dlu teringin nk jahit manik....tinggal teringin jela smpi skrg

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails