Thursday, August 25, 2011

Check list raya - nak jugek :-)

Assalamualaikum...

Semua orang dah wat checklist? check list apa? checklist berakhirnya ramdhan dan menjelang syawal la... :-) check list berakhir ramadhan semestinya lebih pendek dari check list menjelang syawal kan? hehe.. Camana dengan prestasi korang di bulan puasa tahun ini? Dapat tak 30 hari solat terawih? me, of course la tak dapat kan.. huhu.. Khatam al-Quran pulak camana? Dapat? me, tentu juga tak dapat.. hanya membaca al-Quran sebagai rutin harian selepas maghrib.. camana nak bertadarus, dengan si kecil kah? huhu.. Puasa penuh tak? alhamdulillah setakat hari ni tentu la penuh di mata kita.. di mata Allah, hanya Dia yang lebih tahu... wallahua'lam.. sedihnya ramadhan nak berakhir. harap2 jumpa lagi di tahun depan jika Allah panjangkan umur kita..

Okey, now, mari kita menuju ke checklist menjelang syawal pulak.. amboi, bersemangat nak menaip ok. al-maklumlah kalau sebut pasal raya, dari kecil sampai la ke orang tua bersemangat.. ok, mari letak bullet and numbering :-p
  1. baju raya - dah siap semua dan tinggal basuh je belum buat lagi.. tudung raya pun dah settle, sume dah match :-) tinggal hias dengan batu je belum buat lagi :-)
  2. kuih raya - tak banyak, ada la 3 balang saje - konon nak tambah lagi sejenis buat sendiri cornflakes madu, tapi tak tahu hari apa nak buat, may be on weekend:-P
  3. duit raya - dah 2 kali tukar, alhamdulillah rezeki lebih sikit bulan ni..
  4. sampul duit raya - pun ada lebih, koleksi dari tahun lepas dan berkat shopping dapat la sepeket dua dan sumbangan ikhlas pihak bank memberi sebungkus sampul duit raya :-)
  5. kasut raya - done. macam budak kecik pulak ada kasut raya bagai.. hehe..
  6. zakat fitrah - hmm.. belum bayar lagi, lambat2 lagi afdhal kan. masa bujang ayah bayar, dah kawin, en suami pulak yang bayar kan. terima kasih ayah dan suamiku, moga murah rezeki selalu :-)
  7. servis kereta - hmm.. tak servis kot, still in good condition.
  8. reload touch n go - dah reload agaknya, cam banyak je nilainya nampak pagi tadi touch kat tol :-p
  9. kemas rumah - ha, yang ni major thing kena buat... belum settle lagi. rumah sangat la berkecah dengan nampak semut berlari2 atas lantai berkat si kecil suka makan manisan & minum air tumpah2. Langsir yang dah basuh tak gantung lagi, karpet belum hantar dobi lagi..
  10. lipat kain - eh, ini  pun masuk check list raya ke? hehe.. sungguh kain melambak.. sebelum balik kampung tentulah nak kasi clear rumah..
  11. security di rumah - mangga sume dah cukup? sendal getah sume dah ada? batang penyapu nak halang pintu dah ada? hehe.. ni last day kang baru cek..
  12. cuti raya dah apply - of course la kan.. siap berjadual bagai :-) me sampai rabu ye kawan2 :-p
  13. cukup la tu.. rasanya dah panjang berjela check list aku ni..
Okey.. korang plak camana?? dah settle semua ke? jom share check list dalam blog kesayangan anda.. tata.. wassalam..



 

8 comments:

faiez said...

wah gitu...panjang tul checklist..bagus2x

misscha said...

UIT ADA CHECKLIST..SY X DOP CHECKLIST LG

mamatofatin's said...

wah bersemangat....tiba rasa x sabar nak berhari raya..heeh

Marsha~ said...

argghhhhhhhh.. belom servis keta!!

Suliana said...

faiez,

hehe.. tu yang mana teringat je tu..

misscha,
of kos la ada kan :-)

mama fatin,
jemput dtg umah ye :-)

marsha,
weekend nanti mesti ramai org kat bengkel kan..

fiza arshad said...

waaa..sy pn lum wat checklist, sume pk sm2 ngan hubby jer..bgs kak sue!! slmt hr raye!! :)

Sharinginfoz said...

balik raya seronok,,,,,, kerja semula alamak bertimbun2

mamamuaz said...

wah, lamanya cuti sampai rabu...bestnyer! raya sakan nih...:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails