Monday, August 1, 2011

Cerita 1 ramadhan 1432

Assalamualaikum..

Salam ramadhan kepada semua kawan2 yang membaca blog ku ini!! Dikesempatan ini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf sekiranya di dalam penulisan saya terdapat salah kata yang mungkin telah mengguris hati kawan2 semua.. minta maaf banyak- banyak ye..

Tadi sahur ke tak? of course la i sahur ok :-) Tido dalam pukul 11 lebih cam tu. asyik terjaga je, dalam sejam sekali asyik tengok jam. ingatkan dah pukul 4.45 pagi. memang itu pun waktu konon2 nak bangun sahur. alhamdulilllah.. selamat dah sahur tadi berlaukkan ikan singgang dan telur goreng :-p

Upss.. hari ni first day kerja.. dah habis dah MC ku. alhamdulillah dah kering chicken pox ku.. Hari ni, tak tido sampai la sekarang. aku masuk pukul 7.30 pagi di bulan puasa ni. dengan harapan dapat balik pukul 4.30 petang ye :-) tahun lepas, kami naik motor sama2 pegi keje, tapi tahun ni tak boleh la naik motor, dah berbadan dua ni kan. hehe.. tambahan lagi, motor nya rosak, dah tersadai kat umah berapa bulan dah tak gerak... so, pagi tadi aku sampai awal gile, 7.04 pagi dah punch dan menjadi orang first buka pintu..

Oleh kerana chicken pox ku telah habis, dan aku serabut tengok rumah aku yang berlonggok dengan toto depan tv, so, aku decide macam dah baik betul la kan.. sume diarahkan untuk naik tido atas. semalam dah sapu2 rumah yang selama aku MC ni sapu gitu2 je ... Ya Rabbi, sampah punya la banyak lepas korek2, ada tukang buat serak rumah tu.. habuk lagi.. Langsir yang aku basuh hari tu pun dah pasang balik.. Okey la, semalam dah lega sikit dapat clearkan floor bawah..

Bila dah tiga2 atas katil, sume pun sempit.. budak kecik tu ingat dia tido atas toto lagi agaknya. buas betul tido nya.. habis kepala aku pun dia main hantuk je.. aku duk ingat dia yang sakit, rupanya tak de, terus tido.. huhu.. pastu dah stat nak mengendeng nenen ngan ibu.. tu yang tak tahan tu.. so semalam dia tido dalam tangisan.. sian dia. kalau ada ayah dia, takut sikit dia nak nenen.. aku tak bagi la kan..actually siang tu aku ada kasi lepas dia pujuk "satu je", tapi memang susu dah tak de, dia nak main2 je hisap.. so kejap je la dia nenen.. hmm aqil aqil.. dah besar pun anak ibu ni,. tak leh nenen dah ye..  

Eh okla.. panjang berkjela pulak aku menceceh pagi2 ni.. dalam blog tak pe, tak kuar air liur, tak penat sangat. hehe.. Selamat berpuasa kawan2...  bye. wassalam

9 comments:

LidaRahim said...

selamat berpuasa su.. tu ar terkezut gak tgk mr.z dah ada kat opes tadi.. akak lak yang dtg lambat huhu

ejaMaria said...

best nye dah mengemas... akak tak buat apa pun prepare utk Ramadhan... rasa fobia + gerun je bila gi bilik bawah... nak ngemas... hmmm... nak turunkan langsir nak cuci pun pikir 10x... hadui... rasa mcm nak tutup je rumah jgn bagi org dari luar nampak apa-apa yg kat dalam... huhuhu

fiza arshad said...

hehehe..salam 1 ramdhan kak sue :)

kasih kita said...

Yusuf kalu tido 360 darjah dia pusing huhu
memang x muat nk share 3 org.
slamat berpuasa :)

nur said...

selamat berpuasa... semoga kita sama-sama beroleh keberkatan, Insya Allah :)

sahromnasrudin said...

salam ramadhan 1432H utk awak sekeluarga..semoga ramadhan ini kan melimpahi nur dari Allah SWT untuk awak sekeluarga

misscha said...

selamat berpuasa :)

Suliana said...

kak LR,
hehe.. bulan ni je, bulan lain, cam biasa wp 2 :-)

kak maria,
nnti dah puasa tak de kudrat nak kemas2.. langsir je basuh, yg lain2 bersepah lagi. hehe

fiza,
slmt berpuasa...

nana,
slmt berpuasa.. ooo yusuf pun dah buas ek.. :-) kecik lagi, masih ada space utk nana :-)

nur, slmt berpuasa..

en shahrom,
terima kasih atas doa itu..

misscha,
slmt berpuasa juga :-)

Hannan said...

Selamat berpuasa su

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails