Friday, August 26, 2011

buasir semasa hamil

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat kawan2.. hari ni jumaat terakhir di bulan ramadhan.. Juga ada sesuatu yang menggemparkan diriku di pagi hari.. huhu.. kisah orang pregnantkan, kalau geli jangan baca eh :-p

Hari ni diriku telah membuasirkan diri.. sangat terkejut sebab memang tak pernah kena buasir ni.. selalu dengar2 je orang cite. masa pregnantkan aqil dulu pun tak de jadi macam ni.. Biasa la pagi2 buat 'bisnes'kan, tiba2 aku 'terpandang' bowl penuh dengan darah!!!! cuak sangat.. aku ingatkan aku bleeding ke apa.. basuh basuh basuh, eh hilang pulak darah tu.. aku sangat risau.. nak pegi klinik yang selalu aku scan perut tu, klinik tu doktor dah cuti... aduh. nak pegi klinik mana pulak ni. nak pegi klinik kerajaan tanglin tu, tak de sape nak bawa aku, al maklumlah, nak kuar dari kawasan ni sangat lah jem apatah lagi nak masuk balik hantar aku balik opis...

Maka, dengan berat hati aku pegi la hospital swasta kecil di seberang jalan ni.. risau juga ntah berapa ratus pulak yang kena kan. tapi memandangkan dah emergency ni, aku pegi juga la. interview2 kat kaunter tu tanya boleh pakai kad ke apa kan, in case duit cash tak cukup.. sekali tu boleh, lega sikit.. dapatla aku berjumpa dengan doktor perempuan yang sangat baik dan peramah.. dia pun cek2, scan sume.. memang ada luka sikit dan confirm la buasir sebab ntah isi apa ada terkeluar sikit..

Doktor pun masukkan ubat vontot - rasakan ibu aqil selalu masukkan aqil ubat vontot, huhu.. untuk mengecutkan benda yang terkeluar tu. dan dapat ubat sirap untuk melembutkan najis tapi minum 3 hari sahaja, kalau tak kena cirit pulak.. Nasihatnya, banyakkan minum air dan setiap pagi minum jus prune - boleh didapati di pasaraya berhampiran :-) 

Akhirnya, aku dicaj RM 119 plus 2 % sebab pakai kad kredit. total RM 121.40.. boleh la kan.. dapat la tengok baby girl ibu (insya-Allah) yang selalu menendang2 perut ibu ni.. tapi not so clear la, sebab 2D kan..


Alhamdulillah baby sihat.. harap2 macam tu la tak de masalah kan.. okey la, aku nak sambung keje ni. Last day keje, ada pulak keje menunggu.. okey kawan2, selamat bercuti ye.. babai :-)

p/s: rasa takut pulak nak memerut lepas ni.. huhu..


2 comments:

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

jaga elok2 sue, adik ipar lnda, time ngandung buasir, dia buat x tau jek, tak kawal, sampai sekarang bertahun2 still buasir, sampaikan tetiap pagi asben dia kena masukkan daging yg terkeluar tu..nyesal x ikut ckp doc dah..take care ok..

Suliana said...

tq linda.. tu la su pun takut jugak.. tak pernah jadik macam ni..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails