Monday, August 15, 2011

berbuka di Nando's

Assalamualaikum..

Semalam, kami berjalan2 di Jusco Maluri. First time pegi situ, selalunya tempat favourite mesti la di JJ Alpha Angle Wangsa Maju.. Tapi, sebab dah lewat kuar rumah dalam kul 3.30 petang, tak nak la mengharung jem ke Ulu Kelang sana kan.. so, singgah la kami di JJ yang terdekat. Mungkin tak biasa kat situ, rasa tak best la JJ Maluri tu.. crowded dan tak familiar dengan nak cari barang tak tahu tempat lagi kan. Tempat mainan budak2 pun penuh.. huhu.. tapi masuk juga la sebab aqil dah nampak kan. sibuk nak main je, bila dah ajak keluar, menangis-nangis tak nak kuar..

Dapat la barang ayah aqil sepasang kasut dan tali pinggang. sian hasben aku ni, asal nak beli je saiz tak de, kalau ada dah last pair. kekekeke.. sama la tahun lepas pun macam tu.. seluar pun payah nak cari, dah berkenan tak de saiz pulak.. Barang aku tak dapat lagi. ceh, macam ada je barang aku kan. dah tengok2 handbeg semalam, macam tak kenan.. beg besar - mahal, beg murah - kecik - ciputnya, apa je la yang boleh masuk dalam tu.. huhu.. kasut? pun tak tengok lagi. nanti la kalau larat boleh meround SOGO cuci2 mata.. sampai hari Rabu ni tak leh merayap sangat, busy.. 

So, semalam kami berbuka di NANDO'S.. first time berbuka di luar.. rabak juga la RM 63.80.. tak pela, sekali sekala. Saje je intai2 kot2 ada kosong lagi ke kan, tiba2 boleh booking lagi.. Tapi kena bayar siap2 la.. Kami amik set buka puasa punya.. Okla, not bad.. 

 sosej... yang ni sampai dulu.. aqil makan dulu la, tak de la bising je mulut dia..

cheese cake.. boleh pilih samada coklat atau cheese cake. sangat manis tapi sedap.. makan sikit sikit, share 3 orang..

 ni set ibu :-) amik nasi tapi tak habis. tapau je ayam tu bawa balik... 

 ni set ayah aqil.. amik mild peri peri je...

ni budak yang sangat aktif semalam.. main lari2 celah2 rak kasut, celah2 handbag.. tak larat nak kejar okey. tengok je dari jauh...

Kami makan dan balik cepat2.. sebab suraunya sempit dan tak selesa nak sembahyang.. Ada kejadian nak kata kelakar, tak juga, tapi serius la.. boleh keta kami tak nampak di pandangan di tempat parking.. muka sume dah berubah dah. dah la nak raya, keta 'hilang' pulak.. rupanya, tersalah floor.. nasib baik hasben aku tak sempat sampai kat security lagi.. aku cakap 'salah floor la bang, ni keta ada kat sini.." hehe.. alhamdulillah lega.. yang buatnya cuak tu sebab apa, parking bukan di tempat yang sepatutnya.. ingatkan kena clamp ke apa kan, tapi tak de notis plak tu.. mujur la HANYA SALAH FLOOR.. alhamdulillah :-)

Itu je la, cerita ku semalam :-) balik dah terbongkang penat.. k, bye :-)

5 comments:

missbby said...

salam, kita pun pernah jugak salah floor parking..Masa tu kat genting highland kot..meraban cari kereta, dah cuak dah ingat keta hilang..huhu

faiez said...

xsuka sgt Nandos....hikhik

ejaMaria said...

haiyerrr... macam mana shopping sampai lupa parking tu... dasat tul... ;p

littlehumblelynn said...

sue

kak lin punya fav place adalah jusco maluri..pg few jusco dah ttp suka pg situ..muahhahaha..

rasa macam kat situ pilihan lagi banyak kot..

never ever try nandos.selalu rajin makan Kenny Rogers jerk,,

L said...

huhu.. sedapnya ...

sy syg awak.?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/kasih-sayang.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails