Tuesday, August 2, 2011

berbuka dan bersahur..

Assalamualaikum..

Tarik nafas jap.. baru boleh update blog. minggu ni masuk ofis je sangat busy!! camana balik umah tak letih otak ni.. kat opis duk perah2 otak, maka kemuncaknya adalah letih.. Kalau hari2 biasa dah tentu letih kalau keadaan cam ni, ni ditambah lagi dengan berpuasa.. Sabar.. Dugaan semua tu..

okey, semalam apa cite? buka apa? hehe.. semalam adalah first day puasa kan. kami menjengah ke pasar ramadhan yang tak jauh dari kawasan rumah.. boleh tahan banyak juga gerainya.. aku ni daripada tak de idea nak makan apa, tengok kuih sume nak makan!! tengok kuih sume nak beli.. tengok karipap yang tak de la suka sangat pun, nak beli jugak. hehe nafsu betul.. tapi kalau lauk2 aku tak beli la.. ayam percik yang bahagian peha bersambung ngan dada tu pun dah RM 7.. tak kuasa nak beli mahal2 cam tu, lagi pun tak terliur plak. hehe.. 

Pasar ramadhan yang aku pegi semalam adalah pertama kali aku cuba kuih2 kat situ. kira nasib la kan. tapi, alhamdulillah, semuanya menepati citarasa. kuih yang aku beli tepung pelita - kuih wajib ni, popia goreng bersalut sambal, sepotong karamel - macam tak yah beli lagi la. kureng skit. Pastu air soya panas dan juga laksa dan mi sup... Total adalah RM 15.. 

lalala..:-) kiri kanan kuih.. sian hasben aku ni sakit kaki. 

Jadi, berbuka aku adalah kuih saje, dah cukup mengembungkan perut. pas tu, terkulat2 tengok laksa, sape nak makan ni.. huhu. nak tak nak, kul 10 aku makan juga la, sayang nak buang, membazir kan.. jadi makanan yang aku beli semalam adalah tidak terbuang. alhamdulillah..

Balik rumah, dengan budak kecil aqil yang sangat mencabar emosi dan menggugat kesabaran aku. itu nak ini nak, nak ajak main, nak makan mi sup ulang2 kali padahal dah kenyang.. Aku sangat letih masa tu dengan keadaan suami aku yang demam on off.. tak de orang nak layan aqil.. sian aqil.. ada masa aku layan dia, ada masa jadi hamburan kemarahan aku.. pastu hari ni, aku rasa menyesal pulak.. nanti ibu beli coklat untuk aqil ye.. harap2 hari ni ibu tak letih sangat.. yela, aku tak de buat puasa sunat atau puasa ganti - terus je puasa wajib, so tu yang starting puasa lemah sikit. huhu..

Bila dah makan, baru la tenaga kembali pulih. baby dalam perut ni pun sama rancak suka dapat makanan agaknya.. tapi, kaki aku masih lagi rasa sakit, tak tahu la kenapa.. salah pakai kasut kot.. Okey, pas tu, banyak naw nak cite aku ni. semalam aku teringin belimbing buluh jiran sebelah, dua tiga kali aku kuar masuk nak panggil dia. ingatkan dah tak dapat dah, sekali tu akak tu kuar.. dengan muka tak malunya, kak, nak minta sikit boleh. hehe.. seplastik dia kasi aku.. aku buat masak lemak ikan tenggiri untuk sahur.. letak 3 bijik je, sekali tu rasa macam tak cukup, sedap pulak.. hehe.. tak pe, banyak lagi belimbing tu, siap dah kasi kat kawan2 aku lagi. hehe.. petang ni nak masak apa pulak la ye.. belimbing lagi kah? hmmm... mungkin..


okey la.. to be continue.. babai. selamat berbuka kawan2!! wassalam..

9 comments:

faiez said...

pergh penuh tgn......sker sgt mkn agar2x...segala desert

Suliana said...

faiez,

betul tu.. suka kuih2 plak kali ni.. hehe.. jgn cek perut nnti kncing manis sudah.. huhu

Syahada Ahmad said...

sue ni memang rajin kan? siap masak masakan susah time sahur. pada sha yang menggunakan santan adalah susah. :p

untung sungguh en zaki ade isteri macam suliana. Boyot2 pun masak jugak.

Hmmmm....nak masak la berbuke petang ni. Nak search resepi paling SENANG. ;-)

misscha said...

nk resepi :)

Suliana said...

sya,

mana ada rajinnya.. dah lama tak masak.. sya masak pun sya sorang, buat pe masak. baik beli. hehe.. ala, santan kotak tu, bukan santan perah.. sonang je.. hehe

misscha,
dah kasi, nnti jgn lupa buat ye. akak kasi belimbing nanti :-)

littlehumblelynn said...

SUE

wah rajin masak gulai2 waktu sahur..kak lin x suka..suka makan goreng2 je..sambal tumis ok ler..baru layan.//hehehe

ptg ni x tau balik kul berapa lagik..pening keja banyak

NaDia CoMaNeCi said...

Tahun ni aq malas nak berasak kat bazar kalau x berapa perlu..hehe
Maybe jejak bazar kalau weekend jer kot..xmo membazir la tahun ni..huhu Insyallah..

Selamat berbuka su.. :)

Kasih Kita said...

Tahun ni saya dah membeli lauk hehe
harap dapat berjimat apabila tidak kunjung ke bazar

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

sian makyung..kita pon penat gak..hehe kene byk sabarrrrrrrrrr

sedapnye belimbing buloh
if buat kuah nasi dagang sodap buh tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails