Wednesday, August 3, 2011

bedak baru :-)

Assalamualaikum..

dah petang rupanya.. macam nak hujan je.. camana nak gi pasar ramadhan ni kalau hujan. huhu.. dah 2 hari aku buka dengan kuih muih. dan semalam adalah membazir RM 3.50 apabila makanan itu masuk tong sampah. hari ni tak mo beli la makanan berat. aku buang mee kuah semalam.. aku kenyang makan kuih je. tapi bila difikir2 balik, macam menakutkan je asyik makan kuih manis je.. kena control ni. dah dua hari aku makan kuih tepung pelita 5 biji RM 2. Tapi, semalam aku beli juga la 2 biji karipap yang macam sedap.. tapi memang sedap!! karipap kentang dengan karipap ayam. aku beli dua ketul je.. nak rasa.. hari ni kalau cuaca mengizinkan, aku nak beli lagi lah.. hmm.. lepas isyak baru aku masak lauk..

Semalam menu aku berasaskan belimbing lagi. hehe.. aku tak pernah buat, tapi macam sedap pulak. ikan mabong masak tauchu letak belimbing.. aqil makan bertambah2 suruh aku suap.. tapi dia makan ayam goreng la.. kuat makan sekarang budak tu.. kadang tu, bila dah kenyang waktu buka, badan jadi letih. kadang tu rasa tak jadi lah nak masak.. tapi bila fikir2, kot2 kalau tak bangun sahur camana? dah la makan kuih je kan.. kugagahkan diri juga masak malam tu.. tapi aku masak sejenis lauk je.. sayur2 malas pulak nak masak. sian bayam aku dalam peti tu tak berusik lagi. hehe..

Ok stop pasal puasa tu. semalam, aku beli bedak baru. yeay! eh, itu pun nak cite ke? saje suka :-)  bedak ZA yang aku pakai telah habis sudah. lama aku pakai bedak tu, siap refill2 lagi. pastu, nak beli refill dah tak kuar pulak bedak pesen lama tu.. so semalam aku beli bedak maybelline je la. amik2, patut la murah je harganya, bedak biasa, bukan two way.. huhu..


jangan jadi mangsa ketukan aqil sudah.. dia suka naw belek beg aku, dikorek2 bedak nak pakai jugak.. camana nak beli bedak mahal kalau anak wat main2 ni.. huhu..

Okeyla, selamat berbuka puasa kawan2... wassalam
 

4 comments:

faiez said...

Irdiena baru je koyak span bedak I...aduhai

Ilhamny.com said...

tu larr..slalu sgt bedak pecah berderai dek krn anak2..bluser pun penah..kalau baru beli lg sedih..

Suliana said...

faiez,

ganasnya irdiena. kekeke.

linda,
betul2.. geram je kan.. tapi su tak pernah berderai, sebab nya mmg dah nak habis. hehe..

S-N-B said...

Jemput join contest untuk cloth diapers di http://nurbaiya.blogspot.com/2011/08/aku-buat-giveaway-nihmai-la-join-ramai.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails