Thursday, August 4, 2011

aqil chicken pox

Assalamualaikum..

Hari ni puasa ke 4. bersiaran lansung dari rumah. terpaksa cuti jaga si kenit ni, nampak gaya naik banyak kat badan dia, tapi baru merah2 la. dan cikgu dia pun dah perasan biji air di leher tu.. huhu.. so, malam tadi dah  bawa pegi klinik kesihatan.. dapat calamine lotion, ubat tahan gatal dan ubat demam. Dia ada demam sikit semalam, tapi takat 37.5 degree je la.. 

tara.. ni adalah bijik air aqil yang pertama. dapat gak amik gambar clear.segar bukan main. cam ni la aku kena dulu..

selepas di sapu calamine lotion.. cakap ngan dia ibu pakai kan bedak ni.. dah pagi ni asyik nak pakai 'bedak' je..

Semalam, lepas balik dari nurseri, buat muka tebal minta kat umah india tu daun mambu.. dia pun macam dah faham, orang selalu minta kot.. untuk anak, cari juga la.. sian dia gatal2. masa time aku, aku tak de la beria nak cari daun mambu tu.. kita boleh control gatal, tapi kalau budak kecik camana la agaknya..

Pas ni, aku gilir2 la ngan hasben aku cuti, minggu ni aku cuti 2 hari, minggu depan dia pulak.. nasib baik la cuti ada banyak juga la.. tapi tak ingat dah ada berapa hari. may be ada 25 hari kot. nak tengok HRMIS (nak apply cuti raya konon, hehe), semalam tak leh masuk pulak.. Lately asyik cuti je kan.. ye la, aku pun tak de la amik cuti selalu.. kali ni je la, terpaksa... Allah nak kasi rehat kat aku kot, tapi kena jaga anak pulak.. Hmm.. nak buat apa ek, kuih raya ke? haha.. dengan budak ni yang rengek2, tak kuasa aku nak buat kuih raya time cam ni.. Ni aku nak update blog pun sibuk nak tengok upin ipin dalam laptop ni.. huhu..

Okeyla, kang ada chance aku update lagi la.. kalau rajin :-) babai.. wassalam :-)





 

5 comments:

faiez said...

kesiannyer aqil......segar benar biji itu....

Amiizaa2001 said...

selamat berpuasa sue....moga aqil cepat sembuh...siannnya dia....:(

misscha said...

segar dari ladang..hehe

MommyAqil said...

ala ciannya..Aqil pulak yg kena selepas ibu kan..Semoga Aqil cpt sembuh ye!!

Suliana said...

faiez,

kan.. ni mcm dah pecah tapi still gelembung lafi..

kakmieja,
terima kasih..

misscha,
hehe.. dari ladang mana la tu :-)

mommy aqil,
mekacih ye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails