Wednesday, August 24, 2011

23 weeks :-)

Assalamualaikum..

Wordless wednesday ke? aku tak reti la wordless2 ni. mesti nak cakap2 gak. hehe.. Hari ni ngantuk :-( keje pun tak de lagi kot pagi ni.. Tadi pagi sahur, kitorang makan sardin.. lauk buka semalam.. sardin2 pun sedap jugak kan.. Jimat pun jimat semalam, kuar duit RM 1 je untuk beli sayur kubis :-) ingat nak beli togey, habis pulak.. So semalam berlauklah kami sambal sardin dan sayur kubis lemak putih.. Plus nugget dan air oren, itu je.. alhamdulillah :-)

Semalam juga, tak tahu la penat sangat ke apa kan.. tapi nak kata tengahari semalam merayap shopping, memang tak de pun.. Tapi, agaknya berdiri lama memasak - tak sampai sejam pun, sakit betul pelipat belakang lutut ni.. Mula2 tak de la sakit sangat, bila dah digosok-gosok, eh bertambah sakit pulak.. urat tegang agaknya.. Dengan perut yang semakin membesar ni, kaki tak larat menampung berat badan kot.. huhu.. sian kan pada ibu mengandung T_T

Pregnant kali ni, aku tak tahu la tindakan aku ni betul ke tidak.. aku just makan vitamin je.. susu anmum ke apa ke semua aku tak minum. Bukan tak suka minum, tapi kalau boleh aku nak elakkan dari kencing manis sekali lagi.. Masa time Aqil dulu, berkotak2 juga la susu anmum materna tu aku minum.. Ramai orang cakap, termasuk nurse dan dietitian cakap, tak boleh minum susu-susu ibu mengandung kalau ada risiko kencing manis. Kalau nak minum, minum susu segar itu pun sekotak kecil sehari. Ada kawan kasi sekotak susu anmum coklat tapi aku belum bukak pun lagi.. mana nak cari kalsium sebagai pengganti susu? huhu.. alhamdulillah setakat ni, belum kena kejang kaki lagi tengah malam.. kalau tak, kena siap2 minyak panas sebelah katil..

Lagi lagi lagi untuk elak aku sakit kaki, aku beli la kasut tumit rendah.. nak pakai kasut scholl yang dah lama tu, kasut tu menyebabkan tumit kaki aku pecah berkerak campur2 hitam lagi. Tapi nampak gayanya, kasut yang aku baru beli ni, jenis tirus depan, sakit kaki depan pulak!! tapi belah kanan je sakit.. kaki mengembang agaknya.. nasib baik kasut tu tak sampai RM 50.. agak2 boleh cari kasut lain ke untuk raya ni? hehe..

kasut raya kami 3 beranak :-)



 

5 comments:

faiez said...

wah...siap dgn kasut.....meriah

misscha said...

wordless? huhu panjang berjela karangan nyer ni...x lulus wordless wednesday......arini turn sy plak berbuka sambal sardin ngan bby kailan....

wah aqil beraya adeydas....

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

wahh cantik kasut raye su...

Suliana said...

faiez,
ala, kasut murah2 jek.. :-)

mischa,
memang la, bukan entry wordless pun :-) kasut aqil mak long dia kasi...

mama mya,
cantik ke? biasa je.. :-p

Amiizaa2001 said...

comelnya kasut aqil merah...auntie suka:)...sedondon kasut mama+ayah :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails