Monday, July 18, 2011

weekend aqil

Assalamualaikum..

Selamat hari isnin kawan2!! dua hari tak update blog.. seperti biasa, busy di rumah dan ibu kena berebut laptop dengan anak kecik.. huhu.. sadis tul.. Weekend kami tak pegi mana2, sabtu duduk rumah, hasben pegi stadium tengok liverpool main bola.. hari ahad pulak, kami balik kampung dekat @ lenggeng ada makan2 sikit.. 

So, semalam adalah hari yang mengenyangkan.. siap tapau lauk bawa balik dan juga durian sebijik. hehe.. dah rasa dah durian kat kampung tapi rasa 2 ulas cam tu je la. takut teringat2, amik juga la sebijik bawa balik. hehe.. semerbak bau durian kat dalam rumah.. dah sampai rumah petang tu, terus menyiapkan sidai kain baju aqil yang dah basuh pagi tapi tak sidai2.. bila dah ada lauk kat umah, tak yah la masak kan. bila tak yah masak, banyak urusan rumah tangga yang boleh beres. so semalam, dah habis lipat kain. yeay!! dah siap masuk almari lagi. tinggal yang tak lipat of course la yang masih bersidai.. :-)

Aqil pulak sangat rajin nak tolong ibu angkat kain yang dah dilipat. ibu dah lipat cantik2, dia nak jugak tolong angkat. sikap yang boleh dipuji, tapi baju2 tu sume terbarai di tengah jalan.. huhu.. tapi semalam, terkejut sangat dia angkat sebeban suar ayah dia, nasib tak terbarai.. huhu.. kuat sungguh anak ibu ini.. pastu siap puji diri sendiri "pandai aqil".. ikut perangai sape la ni, masuk bakul angkat sendiri.. hehe..

 toi bear pooh dah tertanggal letak atas kepala dia pulak.. kak long kasi masa aku graduate dulu.. 

 apa pesen la ni..

ibu, amik gambar aqil.. hehe.. sama perangai cam ibu, suka bergambar :-)

Okla.. tengahari ni nak kena pegi check up perut pulak.. patutnya minggu lepas, tapi dah tertunda so dapat date baru.. bye. wassalam

5 comments:

misscha said...

aqil x sabar nk grad!

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

alor..cutenye topi bear..hehe

Suliana said...

misscha,

betul. tak sbr nak tgk aqil grad nenen :-)

Suliana said...

rose,

hehe.. hiasan kepala bear jadi mainan aqil plak :-)

Kasih Kita said...

sebiji muka kak su. Cuba cari gamba akak maca kecik dolu, sama x?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails