Wednesday, July 13, 2011

udang masak tempoyak

Assalamualaikum...

Musim durian dah tiba!! bila ada durian maknanya ada la tempoyak!! tempoyak dapat dari mak mertua.. supplier.. kalau tempoyak habis, memang tak de bekalan kat rumah.. habis means habis, tak de nak cari kat kedai mana2. hehe.. nak buat sendiri tak de maknanya, lebih baik makan durian daripada buat tempoyak.. tempoyak dibuat jika terdapat lebihan durian yang dah tak larat nak makan lagi..

Kalau mama pulak, buat tempoyak menggunakan tempoyak yang ala2 masam, tak berapa sedap di makan.. dia tambah garam, pastu simpan.. mak mertua aku pulak pakai durian baru buat tempoyak.. so, alang2 dah ada tempoyak sebekas yang mungkin 6 bulan lagi habis, aku pun buat la udang masak tempoyak.. dah ini je yang aku tahu buat, selain menggunakan tempoyak untuk sambal belacan dan budu :-)

Ni aku tengok ak mertua aku masak.. senang je, tapi aku pun dah lupa letak bawang ke tak.. macam tak yah letak je, tapi aku letak juga bawang sikit, konfius :-p Caranya, tempoyak ikut banyak mana suka, samada nak pekat atau cair, cili api yang dah kisar - ikut suka nak pedas mana, daun kunyit, kunyit serbuk sikit, asam keping, garam dan gula sikit.. upss udang jangan lupa... campurkan semua bahan (kecuali udang) sebelum letak atas api, kacau2 dulu, then baru letak atas api.. pastu, baru masuk udang, takut overcook.. pastu, ikut suka hati la korang nak pekat ke, nak cair sikit ke.. pastu rasa.. agak2 dah didih tu, tutup la api... mesti yummy.. :-)

pedas tapi sedap (puji masakan sendiri, hehe...) sampai habis jilat2 balance kuah tu.. :-p

selamat mencuba!! korang kalau ada resepi berasaskan tempoyak, boleh kasi link untuk ku cuba ye.. hehe...

8 comments:

Syahada Ahmad said...

sue ni macam rajin je masak kat umah. sha ni, lama x jengah dapur, eh tipu, smalam goreng nugget. :p

Teringin nak masak, tapi MALAS. ;-)

NaDia CoMaNeCi said...

peh...sedapnyer..kalo campur petai lagi sedap wei..huhu

Suliana said...

sya,

tak de la rajin mana.. tgk mood juga.. hehe.. nugget pun kira berasap apa dapur :-)

nazat,
ya betul... i like itu petai.. hehe

Taste Of Tapah said...

aku pun berasap gak.. masak fries.. haha
nama jer org perak, tapi tak makan tempoyak..wakaka

littlehumblelynn said...

meleleh air liur nih..

mmg peminat tegar tempoyak lagi2 gulai tempoyak ikan kembung/pari..

faiez said...

sedapnyer..xpyh santan eh???

lily lotus said...

slurp! terbaiklah..i suka makan masak lemak tempoyak ikan patin, pergh!

Suliana said...

zeti,

la ko tak mkn poyak ke.. hehe.. rugi2...

kak lyn,

tak pernah buat masak ikan..tak reti.. hehe

faiez,
tak yah santan klu ikut masakan ngeri 9..

lily,
ikan patin mmg best buat tempoyak kan :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails