Saturday, July 30, 2011

sehari di SOGO

Assalamualaikum..

Semalam kan aku pegi sogo member card sale!!! dah baca cite kawan2 blog pasal member card semalam,  ni nak cite pengalaman aku pulak.. Semalam kan hujan, aku keluar lewat juga la, dalam 8.30 pagi macam tu.. Sepanjang perjalanan dari ampang ke kl, alhamdulillah tak jem, sehinggalah tibanya depan maju junction.. beratur juga la nak masuk parking sogo.. Pusing punya pusing, alhamdulillah dapat parking kat basement 3a, masa tu kosong lagi sedangkan floor lain dah penuh..

Sampai2 je terus naik lif pergi tingkat 7.. memang 1st aim aku adalah pampers.. yeay!! dapat beli pampers 2 bungkus untuk aqil.. mmg limit sorang 2 pack je.. pastu aku dah belek2 benda lain kat tingkat 7 tu, cepat2 aku turun simpan pampers dalam bonet keta.. terhuyung hayang aku sorang2 bawa pampers.. time ni aku dapat message kak long aku pun on the way pegi sini..

Pastu bila dah simpan barang, aku naik escalator pulak.. menuju ke tingkat 4, tepat yang paling crowded dalam sogo!! baru sampai escalator dah tak boleh masuk!! ekon pun tak rasa.. sape yang bawa budak2 memang tak selesa la, kesian kat diorang, nangis2 lagi.. yela, mungkin ibu bapa diorang nak ukur baju suar semua kat diorang kan.. mana tahu ada yang datang dari jauh, nak letak mana anak2 tu kan.. ada tu, siap yang kena chicken pox macam aku ni pun ada juga. aku kenal la sebab dia sapu calamine lotion kat muka dia. hehe.

Pastu aku round2 la pegi tempat yang tak berapa orang nak kerumun sangat.. lama2 aku terjoin sekali orang yang kerumun baju berlonggok2 tu kan. haha!! Alhamdulillah dapat la baju aqil 4 helai dan seluar 2 helai selepas di tapis2 di sudut2 tiang.. dengan kak long aku sekali kemaruk soping. dia memang tak pernah pegi member card sogo, sekali tu dia yang teruja lebih.. murah katanya...

Kitorang pegi floor lain konon nak bayar sekali arung kan.. sekali tu ramai juga, tapi oklah dari kat tingkat 4 tu.. adala dalam setengah jam beratur.. mana ntah datang kekuatan berdiri lama2 dengan keadaan aku yang pregnant ni.. lepas dah settle hal budak2, kitorang pegi tempat lelaki pulak. dapat la baju hasben aku 2 helai, satu baju keje, satu baju t shirt untuk raya. dua2 warna baby pink :-)

Time ni dah nak pukul 3.. baju kitorang wanita2 besi ni macam biasala tak dapat nak beli, tak pela, ibu2 nanti2 pun bolehkan :-) kak long aku dah lapar gigil2 dah tak makan. kalau ikutkan aku, aku malas nak makan. haha.. gila soping.. tapi tak pela, teman dia makan.. itula penghujung soping ku.. lepas makan, aku nak redeem kupon plak. mula2 aku dah bajet mesti beratur patah kaki ni.. sekali tu betul.. aku pun join beratur juga.. sekali tu ada kakak ni tegur "pregnant ke? kalau pregnant tak payah beratur, pegi belah sana" alhamdulillah dipermudahkan lagi!!!

So, tugasan aku di sogo habis pukul 4.. time aku nak balik tu, aku jengah la pampers kak long aku kata nak beli.. sekali tu, habis sudah.. yang tinggal saiz XL... tak dapat la dia nak beli untuk affan.. Aku sampai rumah pukul 4.45 petang.. bila hero2 aku tu balik, mula la sessi pengacuan baju di badan masing2.. keputusannya ada dua helai kena tukar iaitu baju keje hasben aku dan baju aqil sehelai.. Isnin nanti kalau free aku pegi la..

Itu saje la cerita aku untuk hari yang sangat memenatkan semalam.. sampai malam nak tido kaki rasa sakit sangat. bangun pagi ni, alhamdulillah dah tak sakit dan rasa macam nak pegi lagi sogo. haha.. Kesimpulannya, kalau tak kerana nak soping baju raya untuk anak, tak de nya aku pegi.. setahun hanya sekali je aku soping berabis macam ni.. selalu aku beli naju harian aqil je kali ni baju raya mestila nak cari yang elok sikit kan..

hasil rembatan..

okey la, panjang lebar aku cerita kan.. haha.. dah, hari ni nak kemas umah sebelum berpuasa... selamat berpuasa kawan2... wassalam :-)
 

3 comments:

fiza arshad said...

sakan nye kak sue shoppinh..preggy mum kalo da shopping mmg x igt penat da hehehe..nape tak ajak en zaki skali? blh die bwkan barang ehhehe :)

Suliana said...

fiza,

sakan untuk anak je fiza :-) zaki keje, akak kan mc tu yg boleh pegi seharian kt sogo tu.. hehe

LidaRahim said...

rejeli ibu peknen tu dipermudahkan olehNya..

akak pon nak kena terjah sogo lagi hari ni.. nak tukar suar Damya.. yg lain2 dah ok

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails