Friday, July 29, 2011

Salam jumaat

Assalamualaikum..

Selamat hari Jumaat kawan2.. Hari jumaat terakhir sebelum ramadhan.. Aku tak tido balik pagi ni.. Ada agenda tersendiri kejap lagi. hehe.. hajat di hati nak pegi berasak di Sogo, hujan la pulak... hujan rahmat ni.. sambil main intenet ni, telinga dengar juga tv 9 ni, Tanyalah Ustaz.. kebetulan ustaznya pun - Ustaz Zahazan.. tajuknya dirikanlah solat walau dalam kepayahan..

Hmm.. kadang2 kita memang lalai benda2 macam ni.. aku nak cerita balik takut aku tersalah cakap pulak.. Tapi kalau korang ada masa boleh la dengar ceramah2 kat tv macam ni.. kadang kita nak pegi dengar ceramah kat surau atau majlis2 agama memang payah.. Ini je la kesempatan yang ada, seronok pula mendengarnya.. Lebih2 lagi jika dapat ustaz atau ustazah yang best...

Lagi satu part baca al-Quran..  semua kita telah dididik dari kecil untuk belajar mengaji.. tapi kenapa dikhatamkan sekali saje al-Quran tu? kenapa diperap sahaja selepas bertahun2 khatam? percaya atau tidak, kalau kita amalkan selalu membaca al-Quran, insya-Allah lidah kita akan menjadi lancar untuk membaca naskah suci tersebut. Jika tidak diamalkan, mesti tergagap punya nak baca nanti..

macam aku, orang tengah pregnant ni, surah2 yang elok di baca ketika dalam pregnant adalah surah seperti surah yusuf, surah mariam dan juga surah lukman. dalam ketiga2 surah ini, surah yang paling susah (pada pandangan aku) untuk dibaca adalah surah yusuf. masa mula2 baca, aku rasa lambat betul nak habis, asyik tersalah baca je..boleh dikatakan seminggu masa yang diambil untuk menamatkan satu surah tu. tapi, sekarang bila selalu dipraktikkan, alhamdulillah ia hanya dapat dibaca dalam masa dua kali dan kadang sekali baca dah habis.. Praktis make perfect..

Mak aku selalu pesan, baca al-Quran tu.. nanti nak mati senang, lidah lancar menyebut nama Allah.. Bila kita selalu baca, kita akan jadi fasih dalam mengenal huruf2 ayat suci tu.. aku pun bukan la pembaca yang baik tapi benda2 tu sume boleh belajar kan..

Okeyla. tu je aku nak kongsi pagi2 ni berdasarkan apa yang aku dengar dan bukan bertujuan untuk menunjuk- nunjuk.. Harap dapat dimanfaatkan bersama.. eh, hujan pun dah berenti la :-) perjalanan harus diteruskan.. hehe... wassalam

6 comments:

Taste Of Tapah said...

thanks for the tazkirah... kalau leh share la sikit, apa ustaz zahazan cerita.... aku ni pun lalai sokmo solat lewat2

fieda said...

Salam pagi jumaat..

faiez said...

tul tu su...kekadang terlalai...lagi2x sibuk ngan segala keja..kena curi2x gakla kan...

Nur Hasyimah Mahasan said...

mak ai..sakit2 pun smpt lagi nk berasak2 ke sogo tu..hehehe

Syahada Ahmad said...

sha pun suka dengar ceramah2 agama kat tv, ye lah macam sue kata, nk harap pegi dengar ceramah kat luar mmg xde la. Suka tgok al-kuliyyah, tp kadang2 tengok tajuk gak, hehehe...

bab baca quran tu betul ar sue, kalau x baca seminggu, bila start baca balik mmg gagap ar. kadang2 jadikan penat keje, jaga anak sebagai alasan utk skip baca quran.
banyak sangat mende yang lagha zaman skang.
Tepuk dada tanya iman. ;-)

Suliana said...

zeti,

insylah.. kalau aku igt aku share ye.. :-)

fieda,
salam etang jumaat :-)

faiez,
betul tu.. kdg dah penat sgt dgn hal2 dunia ni..

syima,
tiba2 je dah baik sikit :-p pastu smpai uma rasa nk mc lagi.hehe

sya,
yela sya, kdg mmg perlu pun kita mengingati satu sama lain..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails