Friday, July 8, 2011

Puding Roti

Assalamualaikum...

Semalam, ter rajin pulak buat puding roti. actually ni first trial buat puding roti ni. tengok resepi dari blog kak maria.. hehe... nasib baik jadi!! tapi aku pun tak tahu kategori jadi tu camana, sebab jarang2 makan puding roti.. ni buat puding roti sebab minggu depan ada bacaan yaasin kat floor ni sempena menyambut ramadahan.. so, makanan potluck.. konon2 nak sumbangkan sesuatu juga.. try la puding roti ni.. hehe..

 sebelum...

selepas...


Bahan:
6 kpg roti putih biasa (nak guna roti manis pun bole, suke la roti ape pun)
200 ml susu segar
1 tin susu cair (krimer)
3 biji telur
50 gm gula (klu guna roti manis, kurangkan gula ye...)
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan Tabur:
Kepingan Badam
Kismis / Buah2an Campuran (ikut la ape yg ada kat umah time tu)- aku beli mixed fruit
Serbuk Kayu Manis (kalau takde pun takpe, tp nnt kurang wangi la...)
 - tumbuk kayu manis kat umah then tapis :-)

Cara:
  1. pukul telur dgn gula hingga kembang, masukkan esen vanilla, kemudian tuangkan susu segar dan susu cair.
  2. sediakan loyang, sapu mentega pada permukaan.
  3. celup roti kedlm adunan susu tadi, kemudian susun roti didlm loyang. (tujuan celup roti didlm susu adalah supaya kepingan roti tersebut menyerap susu, sbb biasanye klu kite curah susu atas roti, dia ambik masa lama untuk menyerap dan bila terus bakar, hasil tak begitu cantik...)
  4. selepas habis kesemua roti tersebut, taburkan kepingan badam dan kismis, kalau suke kismis bole ditabur semasa menyusun roti (nnt bila potong ada la kismis kat celah2 tu)
  5. tuang baki susu kedlm loyang.
  6. last skali kat permukaan renjiskan serbuk kayu manis - jgn terlalu banyak nnt pahit pulak
  7. sedia utk dibakar dlm ketuhar selama 20 minit klu nak garing xtra lagi 10 minit - yang ni seperti biasa oven aku hampir 40 minit baru siap :-)
kredit to : resepi kak maria

Maceh kak.. sebekas bawa gi opis.. sebekas lagi ada dalam peti ais. lain kali kalau nak buat, kena susun roti dua lapis, tak de la nipis sangat.. pastu aku buat kuah susu tu nak kasi manis sikit, sebab puding ni aku main agak2 je gula dia, tak sukat pun.. harapkan rasa manis dari mixed fruit itu je.. Okey, selamat mencuba!!

3 comments:

ejaMaria said...

Tahniah... sudah pandai...
bila org makan pastu puji sedap... kira jadi la tu... ;p

misscha said...

waaaa.....nmpk shedapp

NUR said...

Nak cuba la nanti..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails