Sunday, July 3, 2011

Makanan terlarang semasa hamil

Assalamualaikum.. 

Pernah dengar tak benda-benda yang tak boleh makan semasa hamil?? Yang aku pernah dengar dan cuba sikit2 untuk tidak makan adalah :-
  1. air bergas- dulu masa aku sekolah aku dengar orang kata air bergas ni kalau minum masa tengah pregnant, boleh pecah perut.. huhu.. Tapi, mungkin airnya tajam.. atau  kandungan gula yang tinggi dalam air bergas.. kalau pegi fast food, aku minum juga, tapi tak habis la segelas tu.. seboleh2nya tukar dengan air lain yang tidak bergas.. 
  2. nenas - yang ni sume orang pregnant takut makan kan?? aku?? memang aku kurang makan.. tapi kalau ada dalam piza, aku makan je la.. tapi sekarang ni, musim nenas banyak la pulak, aku  makan sikit2 juga.. nak rasa. dalam sepotong tu, adalah dalam secubit dua :-)
  3. air kelapa - yang ni pun tak boleh ke?? kalau ikutkan mak mertua aku, sume boleh, asalkan tidak over.. kalau ikutkan dia, awal2 ni lagi dah boleh minum, kasi sejuk perut.. tapi, ada pulak orang kata minum air kelapa time dah 6 bulan ke atas, kasi kulit anak cantik.. hmm.. tak tahu juga.. aku, minum juga sikit2... selagi tidak memudaratkan..
  4. tebu - air tebu?? hmm.. memang tajam.. mujur aku tak minat air tebu.. yuhuuu... :-)
  5. durian - betul ke tak boleh makan?? aku?? makan juga, tapi tak de la hadap 10 biji.. 2 -3 ulas tu jadila, asal dapat rasa :-p
buah 2 biji ni ada kat umah.. nenas untuk hasben aku, air kelapa untuk diriku.. semalam sakit kepala..

korang? ada lagi nak tambah apa benda tak boleh makan atau minum?? bagi aku, boleh makan apa saje, asalkan berpada2, tapi kadang tu, takut juga kan kot jadi apa2.. tapi, kalau aku dah teringin sangat, aku makan juga, tapi kalau aku tak teringin, tak makan pun tak pe.. hehe..

bye.. wassalam


 

8 comments:

  1. banyak tol pantang larang ek...

    ReplyDelete
  2. lnda time ngandung blasah gak nanas, durian ngan tebu tu..air gas tak, sbb mmg x minat...tp ikut kekuatan bdn jugak kot..ada org mkn nanas leh gugur, ada org ok jek..

    air kelapa tu mak linda suruh minum byk2 time ngandung, supaya kembangkan rahim, senang bersalin..lepas bersalin, 2 tahun dia x bg minum, sementara rahim nak kecut sepenuhnya..

    ReplyDelete
  3. hahaha.. aku pantang jugak... pantang jumpa makanan!! wakaka

    ReplyDelete
  4. tebu mmg wajib X siap2..
    kak lin masa mgdg auni mengidam nak minum air tebu..minum di minggu ke 12--esoknya water beg leaking smp kena bedridden..nasib baik selamat lahir jugak si auni..

    ReplyDelete
  5. misscha,

    ni baru bak makanan, blm bab2 lain lagi. hehe

    linda,
    haah betul tu.. tgk org juga kan. su ni tak tahu la kategori apa, tapi mmg berpada2 la.. oo blh la minum air kelapa tu ye? akan ku minum skit nanti :-)

    zeti,

    takkan time prgnt pun tak pantang.. time pantang mmg pantang la kan... huhu

    kak lyn,
    ye ke.. byk sgt ke akak minum.. slmt dah semuanya..

    ReplyDelete
  6. air kelapa ni setahu sy ..jgn minum masa awal pregnancy,,bila kandungan dh stabil dan dah besar elok minum utk bg kulit anak cantikk.. ye ke eh..

    ReplyDelete
  7. samelah kita su..air gas ade gak sy belasah sehirup dua, nenas dlm ole pocketful tu sedap jugak...heheh...n tapai pulut pun teringin gak nk mkn...tp secubit dua je la...mak kata x bley mkn...setakat nk merasa je...

    ReplyDelete
  8. hu3 sy bru2 ni de mnum air coke 1 btol pasl tk thu pregnn...bla dh hbis bln tgk haid x kuar2 g bli test pregnn...upnyer pregnn...rsau ni tkt ksen x elok kt bby ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails