Friday, July 22, 2011

Chicken pox : Day three

Assalamualaikum..

Saya dah bangun pagi :-) amboi sedap ko bangun lambat yek.. actually dah bangun subuh, pastu aku tido balik tekak sakit.. tengok2 jam, alamak dah 10.30.. nak buat apa pun kat umah ni - keje rumah banyak sebenarnya.. aqil pulak memang dihantar ke nursery.. kalau boleh sabtu ahad pun aku nak dia duduk nursery, nak elak jangkit.. semalam, lepas amik dia memang tak sentuh lansung dia.. nak datang dekat ngan aku pun, aku tak kasi... sian dia, meleleh air mata dia.. pastu dah pujuk2 dia, ok je.. dia minta nenen, memang tak kasi la kan. rasa-rasanya Allah nak tunjuk jalan kepada aku time ni la nak suruh dia berenti nenen..

Malam tadi, ayah dia bawa dia gi beli barang kat carefour, bukan main suka dia.. dia kan suka naik car.. tinggal la ibu kat rumah. ayah pegi beli barang keperluan rumah dan juga sedikit lauk untuk orang sakit ni masak.. nak makan minyak2 tak boleh, nak goreng2 tak boleh, habis tu makan apa je yang boleh?? kukus?? itu akan difikirkan sekejap lagi..

Dan semalam, aqil dan ayah tido di bawah depan tv.. aku dah siap2 kan tilam diorang sume.. yela, takkan aku plak nak tido atas toto.. kalau aku tak pregnant tak pe, nanti sakit ponggong nak bangun. lagi pun, aku kuarantinkan diri sendiri di atas supaya tak de la aqil nampak muka aku.. alhamdulillah dia boleh tido walaupun sebelum tido tu, dia tido dengan air mata.. aku dengar je dari atas.. sobsobsob.. tak pela, ni cubaan aku untuk elakkan aqil dan hasben dari terkena jangkitan even aku tahu percubaan ini sangat tipis kerana kami masih satu rumah..

Keadaan badan aku pulak camana?? Setakat 3 hari ni, biji2 air tu masih segar bugar lagi.. bila la nak pecah ni.. ada yang dah terpecah sebab duduk di bawah betis aku..sakit dan gatal!! bijik2 air tu telah mula memanjat kepala aku. sampai aku rasa terangkat kepingan kelemumur aku.. haha..adala sebijik kat kepala... tapi setakat hari ni, kat muka, tangan dan kaki belum ada.. banyaknya di bahagian tengah badan.. so aku just sapu calamine lotion, minta tolong suami aku sapukan sebab tangan tak sampai kat belakang.. bila dah sapu tu, uish sedap betul, nak suruh sapu kuat sikit kat tempat yang gatal tu.. huhu.. so, untuk semalam aku dah minum air kelapa sebijik.. tak de sebijik penuh, separuh je air tu, naik kembung perut acik ni minum air banyak2..

Terima kasih banyak2 kat suami yang sudi jaga aqil.. tapi kena sabar banyak2 la. budak tu mak nya tak dapat nak layan, jangan la marah dia kalau dia nak itu ini.. huhu.. sian aqil..thanks kepada kawan2 yang mendoakan kesihatan ku.. ada juga yang risau2.. ye, aku dah baca risiko nya, tapi aku tak sanggup nak baca banyak2 boleh bikin nangis tau.. aku harap baby aku sihat walafiat...amin..

dah, nak mandi pulak.. nak basuh kain etc2.. bye.. wassalam.. selamat hari jumaat...



11 comments:

faiez said...

jaga diri....sob2x..sian aqil

Taste Of Tapah said...

aku doakan ko selamat... baby selamat... baca al-quran sue (aku tau ko selalu baca) kerana itulah penawar segala kesakitan....sebab allah sahaja akan menjaga engkau dan anak yer... masa nih la juga, nak tengok kebaikan suami....hehe

mama maman said...

Sabar ye.. dugaan sungguh kan.. moga2 tabah ye..

Suliana said...

faiez,

tq ye...

Suliana said...

zeti,

thnx zeti.. :-)

ejaMaria said...

sian Aqil... tak pe la ayah ada... ok la kot...
Sue jaga diri ye... pasal risiko2 yg dah baca tu... jgn la emo sangat... nama risiko... selagi Sue ambil ubat ikut nasihat doktor... insyaAllah ok je kot...

Suliana said...

thnks kak maria ...*terharu* :-)

misscha said...

salam kak su..kabare? dah ok sket..

jgn risau lebeh2 ek....kak ipar sy pon kena gak chic pop masa preggy 6bln ke 7 bln, pastu low blood pressure, terus kena warded several days kat HKL.....

and now kak ipar & bby ok2 je, sihat belaka gitu....so no need to worry ye...evrything is going to be just fine :) *wink2

Nur Hasyimah Mahasan said...

ciannyer...ader hikmah tu..moga cepat sembuh n hopefully baby pun ok...n yg pasti aqil mest ok...dier faham ibu dier tak shat kan...

Suliana said...

misscha,

mlm tadi gtl sgt tak leh tido.. huhu.. dh byk naik ni.. muka tak teurus.. thnks for kata2 smgt ye..

Suliana said...

syima,

tq.. aqil alhmdlh dh 3 hari x nenen, tp adalah dia minta jg, sian dia..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails