Thursday, July 28, 2011

berpuasa dan menyusu

Assalamualaikum..

Kejap je dah hari kamis kan. kejap je esok MC aku dah habis menandakan dah 9 hari aku bertapa dalam rumah ni..Walau pun mc aku dah nak abis, aku kena gi klinik gak esok, nak tengok adakah sudah baik betul aku ni.. yang kecik2 tu memang dah kering betul la kan. kalau yang besar2 tu, walau pun dah ala2 nak hitam, tapi dia masih berair dan masih rasa sakit lagi kalau tersentuh.. semalam lagi la ngeri.. masa aku mandi, aku gosok2 badan aku dengan kain. yela, calamine lotion ni kalau mandi cam gitu je, susah nak tanggal lotion dia tu. so kena gosok ngan kain. sekali tu, tersodok bijik air yang kat leher tu.. aku tengok kulit dah tanggal dan tiba2 rasa pedih.. sakit betul. huhu..

Okey2 tak mo menceceh panjang2 pasal CP aku ni.. Minggu depan dah nak puasa kan.. Insya-Allah kalau jadi hari isnin kan? hmm.. apa persediaan kita semua ye? aku nak bersedia apa ek? hehe.. tentulah nak stok up barang dapur.. ntah bila nak pegi nya tak tahu la.. dengan keadaan macam ni.. tahun  ni juga cabaran bagi aku sebab aku berpuasa semasa hamil.. kalau dua tahun yang lepas, cabaran bagi aku adalah berpuasa dan menyusu... mula2 memang takut juga, yelah takut susu tak keluar banyak untuk bekalan aqil.. takut juga aku tak larat berpuasa time tu.. Alhamdulillah, hari pertama je yang tak larat nya. hari2 seterusnya, Allah beri kekuatan untuk aku berpuasa.. So, dah 3 tahun juga la aku clear, tak yah ganti puasa.. 

Tahun ni pulak, aku mengulangi cerita masa mengandungkan aqil time bulan puasa.. harap2 semuanya okey.. Kepada ibu2 yang menyusu, sahur jangan lupa bangun.. kalau lupa, haish siap la takut jadi macam aku dulu, pukul 6 ptg dah merangkak2 tak larat nak bangun... Sahur mesti makan kurma, air minum banyak, kalau boleh makan oat, dia tahan lama sikit nak lapar, kalau boleh elakkan makan pedas, takut perut pedih.. telur jangan lupa wat stok, mana la tahu tak sempat masak ke, boleh goreng telur aje kan. hehe..

Ingat lagi dulu, aku siap blend fresh milk dengan kurma waktu sahur.. konon tak nak kelaparan di samping mengekalkan susu badan.. sekali tu, eee manis gile... aku telan juga la... pastu, tak buat2 dah... hehe.. tapi memang kurang lapar sampai la waktu buka.. Kalau rasa larat, maintainkan la sesi pengepaman susu tu. tapi kalau rasa2 tak larat, ubah lah jadual supaya tidak membebankan diri sendiri.. 

Okey la, dah panjang dah aku membebel2 ni.. nanti kalau ada idea aku corat coret kat sini lagi ye... bye :-)

wassalam
 

7 comments:

ejaMaria said...

akak suke stok serunding daging... kalau tak sempat masak... goreng telur dgn serunding daging... dgn nasi... ok la tu... sedap sudah... ;p

faiez said...

yups..a bit worry pasal susu....moga terus dikurniakan rezeki buat irdiena....

farmys said...

cabaran tahun ni.. berpuasa dan menyusu badan..
moga dipermudahkan..

Selamat berpuasa ye.. minggu depan je lg..

Suliana said...

kak maria,

ok juga tu.. tapi macam umah su ni tak laku je serunding daging.. hehe

Suliana said...

faiez,

boleh punya.. jgn risau2 k:-)

Suliana said...

farmys,

selamat berpuasa juga ye . moga kuat di bulan ramadhan :-)

Kasih Kita said...

Wah.. tips dari mentor saya :)
tq kak su

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails