Tuesday, July 26, 2011

anak ayah..

Assalamualaikum..

Selamat pagi upss hampir tengahari juga rupanya :-) hari ni aku tak tido dah lepas tengok hero2 yang dua orang tu gi sekolah & work.. Pastu, minum milo jap & dok mengadap laptop ni, tiba2 rasa memanggil2 je bantal ni untuk aku tido.. hehe.. dapatla aku nap about 1 hour sebelum bertalu2 message masuk.. huhu.. kacau betul.. kuikuikui... :-p aku kan komited gitu, MC pun, kalau dah keje aku, aku tetap laksanakan juga. kecuali la kalau aku masuk spital, tak dapek nak nolong... tak lama tu, perut rasa lapar pulak.. haa, nasi sejuk semalam masih berbaki lagi. ada lagi kuah ikan singgang.. alhamdulillah dah kenyang, mandi je belum :-p makan tengahari mungkin la roti canai segera ke.. tengok kepada tahap kronik perut aku ni, kalau aku rajin, aku masak la nasi.. hehe..

Okey kali ni nak cerita pasal aqil.. dia kan, pagi2 suka mengamuk... dia nak ibu yang hantar pegi sekolah.. aku hantar kang takut terjangkit dengan dia dan budak2 kat sana pulak. terpaksalah rumah ni riuh rendah pagi2 suara dia melalak.. sejak dari jumaat lepas, macam tu la gayanya.. hasben aku pulak semalam dia beli coklat dan biskut banyak2.. simpan la kat dalam kabinet, konon nak nyorok.. tadi pagi nak pujuk aqil.. patutnya tunjuk satu coklat aje dah la kan.. ni tidak "taraaaa... aqil nak coklat" sekali tu dia nak semua.. haa.. amik ko, lagi mengamuk la budak tu.. aku sengih2 je la.. hehe.. aqil aqil.. kalau dah ngamuk, itu salah, ini salah, sume salah la.. 

Dah lama sangat aku tak peluk cium dia.. rindu sangat.. semalam aku cium juga dia sikit.. aku tengok dia dekat2.. dah besar dah anak ibu ni.. ada juga la sekali sekala dia ingat lagi nenen dia.. aku cakap la ibu sakit.. dia suruh basuh la itu la ini la.. bila la dia nak lupa kat nenen dia ni.. Aqil sekarang ni dah jadi anak ayah.. sume ayah yang buat. yela, IBU TAK SIHAT :-D tapi dalam masa yang sama, masih mencari ibu.. nak ibu tepukkan sebelum tido, nak ibu tido atas kerusi tengok dia tido.. sian anak ibu.. nanti ibu dah betul2 sihat ibu guling2 dengan aqil okey...

Weekend lepas, ayah nya bawa aqil jumpa abang aiman... dah lama duk menyebut je kan.. bawa la pegi jumpa kebetulan atuk ada kat klang... siap tak nak balik lagi nak ikut atok balik johor.. 

muka girang lepas dapat jumpa abang aiman.. nangis2 nak ikut atok balik.. sepanjang perjalanan balik dari klang ke ampang, muka pandang luar, merajuk dengan ayah.. pandai merajuk dah sekarang ni...

 macam2 cite kat ibu ye...

 keletihan la tu...

pak de aka papa darwisy dah kasi balik stroller aqil.. darwisy tak mo naik stroller.. aqil la pulak duk suruh ayah dia usung ke sana ke mari dalam rumah ni.. hehe... aqil aqil.. dulu dia tak ingat, dia la yang duduk dalam stroller ni...

Okeyla, dah panjang berjela aku mengarang ni... nanti2 kita sambung lagi ye.. bye..

wassalam





5 comments:

Qaseh said...

2tahun harus jadik anak ayah...besar n handsome mcm ayah

Erin Rashid said...

sian dia.. haruslah dia manja dgn org yg rajin melayan dia :)

Suliana said...

qaseh,

hehe.. time kaceh :-)

erin,
yela, tapi nama ibu tak lekang dari mulutnya :-)

suhaida shukor said...

kelakar la adek AQIL ni.. MENCII!!

rihana said...

HIHI sian 2 boy ibu! kena jaga diri sendiri2 bila ibu x sihat! nasib baik ayah rajin layaaan aqil! get well soon ibu! =D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails