Thursday, July 7, 2011

ada satu hari tu

Assalamualaikum..

hari ni dalam keserabutan.. ntah apa yang nak diserabutkan pun tak tahu.. of course la pasal keje kan. serabut je.. maleh la nak cite apa barang yang serabut2 tu.. meh cite pasal telatah anak bujang ku..

Kanak2 ni unikkan.. ada hari dia ceria, ada hari dia sedih, ada hari dia buat perangai 'baik' dia.. macam kita juga la.. ntah apa yang berserabut dalam hati dia kadang2 ibu pun tak faham.. orang kata bila nak beradik lagi, macam2 ragam dia nak tarik perhatian. tu belum adik lahir lagi.. hmm..

Ada satu hari tu, dia sangat ceria.. balik dari sekolah, tak minta nenen pun. cikgu dia kata, 2 kali dia minum susu tepung, habis!! selalunya memang berbuang je susu tu.. pastu, asyik makan je.. bila time balik, lansung tak ingat nenen sampai pukul 8 malam baru mintak.. aku plak yang tertanya2 "anak aku dah berubah dah ni.. alhamdulillah" sekali tu, hari2 seterusnya, buat perangai pulak.. huhu..

Ada satu hari tu, amik dia dari sekolah, tengok muka basah baru lepas nangis. tanya cikgu dia.. cikgu dia kata bergaduh dan berebut buku dengan kawan.. pastu, ibu tanya la, sape buat aqil "iman buat, afiq buat" ramaila nama yang disebut.. "aqil jangan la rebut2. tu kan buku cikgu..." aqil jawab "tak, itu aqil punya". tu je la point dia sekarang ni kalau nak mengaruk.. usik sikit makanan dia, memang menangis dan bad mood sampai ke malam.. kecuali amik hati dia balik, ajak naik keta, dia okla, terus ceria..

Semalam pulak, mood dia okla.. suruh dia joget2 ala zahid AF tu.. gelek2.. hehe.. macam2 la telatah anak ibu ni.. sekarang ni, ikut je la cakap dia kalau tak nak stress.. dah pandai nak pilih baju apa yang dia nak pakai. even baju tu tak sesuai pakai waktu malam. macam semalam, pakai singlet ngan suar pendek buat tido.. lantak kamu la nak.. nak pakai baju bola, baju bear.. bila tengok2 balik, bukan ada bola pun kat baju tu.. saje je nak menguji kesabaran ibu ayah ni..



video
video aqil joget2.. :-)

bye.. wassalam

4 comments:

ejaMaria said...

hehehe... akal dah makin panjang Sue... layan je la... ;p

Taste Of Tapah said...

perangai budak ni unexpected... kadang-kadang nak marah pun jadi gelak.. hehe...

dbalkis said...

Baju Poney tu sama ngan baju Dhani la...

Suliana said...

kak maria,

hehe.. budak cerdik :-)

zeti,
betul tu.. hehe

dbalkis,
yela, ramai je tengok budak ada baju tu.. maknanya baju tantek la tu kan :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails