Tuesday, June 7, 2011

Pulau tioman part 3 - Marine park

Assalamualaikum..

Okey.. sambung lagi cerita tioman part 3.. jangan muak ye, manala tahu boleh jadi reference untuk korang sekiranya nak ke Pulau Tioman ni.. hari kedua pulak (baru hari kedua wei.. panjang lagi cerita aku ni), adalah aktiviti berjemur kitorang.. Kat sini pagi2 lagi ada sedikit dugaan.. di mana, aiman demam, panas dia dah 38.. kan hari tu dia baru baik demam, mungkin belum baik sepenuhnya la kan. ubat tak nak makan, terlupa plak bawa ubat bontot.. nasib baik kat setiap satu pulau ni ada klinik kesihatan. tapi hari sabtu tu dia buka kalau emergency. Nasib baik nurse tu angkat telefeon setelah berkali2 telefon tidak dijawab. alhamdulillah.. sume pergi ke tempat snorkeling. kalau tak, ada yang tinggal menjaga anak demam.. tak syok la pulak kan kalau ada yang tinggal2..

Kami pergi selepas sarapan, lebih kurang jam 9 pagi naik bot nelayan.. lebih kurang la bot kayu macam tu.. ada orang naik speed boat lagi laju. tapi aku rasa better la naik bot nelayan ni, tak de la yang terlambung2, dengan anak kecik lagi kan, takut ada yang tercampak ke laut jek.. hehe.. satu bot ni sepatutnya 12 orang je boleh naik, tapi driver boat (merangkap pengusaha resort kami tu) tu bawa lebih.. ok la, asalkan tak de apa2 kan. perjalanan ke marine park lebih kurang setengah jam..

 terbuai-buai dalam bot..

 pegi jugak diorang ni..

 cam ni la ibu2 yang beranak kecik..

masing2 excited nak terjun laut okey..

 dah sampai marine park.. ramai tul orang time ni berenang2..

 bayaran masuk RM 5 dibayar kat jeti mersing lagi.. boleh masuk dalam ni, tapi kitorang tak masuk.. tak tahu pun boleh masuk. hehe..

 kat marine park ni, banyak sangat ikan tapi terumbu karang tak berapa banyak.. mungkin dalam sangat tu yang tak nampak.. ikan2 kat sini pandai tau. sape bawa roti memang dia kerumun, kalau ko tak de roti, jangan harap dia datang ok.. siap macam fish spa dah kalau kita kasi dia makan roti..

 ni cik abe aku. orang lain baru terkedek2 turun tangga nak snorkel, dia dah jauh dah.. excited sangat. pastu, tak larat dah.. mabuk laut.. 

antara ikan2 kecil.. ada jugak ikan besar tapi tak tahu apa nama. nampak macam ikan selar besar jek.. hehe.. memandai jek..

lebih kurang 2 jam dia kasi kita lepak situ. tapi beruntungla sape yang snorkel tu kan, dapat explore laut. yang duduk kat jeti tu buat apa? sibuk tolong amik gambar, ada yang pegang anak takut terjatuh dalam laut tu.. memang boring la.. Cuaca di sini mula2 panas, pastu hujan renyai.. tetapi acara snorkel tu diteruskan jugak.. dalam pukul 1 lebih, kitorang diberi makan yang dah siap bungkus dari chalet lagi. lepas makan, kami dibawa ke Pulau Rengis pula. Pulau Rengis ni la yang banyak terumbu karang.. cantik sangat view nya..

Okey okey.. sambung lagi nanti eh :-p

 

5 comments:

FazliShukor said...

la!!yang byr 5hinggit tu untuk masok dalam musium tu ke??ingtkan byr untuk snorkel kt depan tu..ee mmbzir je xmasok!

ejaMaria said...

ergghh... akak konfius jap... tioman dgn pangkor... hahaha... mengom sendirik... ;p

Suliana said...

ali,

haah.. boleh masuk tapi kena tggl kasut basah.. hehe

Suliana said...

kak maria,

haha.. tioman kat pahang, pangkor perak nun.. huhu

HAFIZAL said...

mak g jugak lah dalm buln 7 nie. tapi tgk cuaca

join ke link saya...jgn lupa

http://malaysiascore.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails